i miss u la senah...

kak senah. saya rindu awak. saya nak wat perangai bukan2 & pelik2 lagi dengan awak macam kita selalu buat masa study dulu.


how i wish i could turn back time. i really wish. really - really wish...

Teruja

sedang gedik menghitung hari. semoga selamat semuanya =p

Sudah Tiada Hati

Menjadi sangat tidak kisah selepas peristiwa itu.

Mungkin kecil sahaja pada kamu, tapi jujur saya katakan, saya sangat terasa dengan tindakan kamu.

Maaf la. Saya manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Saya cuma manusia normal. Saya mempunyai had kesabaran tertentu.

Tak perlu cakap apa - apa lagi selepas ini. Benda pun sudah berlalu. Kita biarkan masa membalut segala luka.

Sambung kerja. Mata da berat.



Mendapat 2 sms hari ini yang menegur kelakuan aku sejak seminggu lalu. aku sombong dan berlagak, katanya.


sms pertama - 'aku tak tau apa salah aku kat kau,smpai aku nak cakap dengan kau pun,kau buat tak paham je. pastu muka tak nak layan. kita ada masalah ke?'

sms kedua - 'kau kenapa?moody?kalau kau ada masalah dengan org lain, jangan la libatkan aku'

Baiklah. saya mintak maaf kawan - kawan. langsung tak ada niat nak sakitkan hati sesiapa. cuma sekarang ni saya dalam keadaan yang over stressed. keje melambak. demotivated sangat2 sekarang ni.

Bukan pada kamu je. rakan - rakan sepejabat juga telah mula bersuara mengenai perubahan sikap aku.kat facebook kemain meriah lagi berbual. bila berjumpa, buat muka sampai dorang menggigil tahan marah nak lempang aku. hehe

kawan - kawan. jgn marah - marah yea. bagi saya sedikit masa untuk rileks. insyaAllah..2-3 bulan lagi elok la ni.heehehheee

Gambate!!

hebat. sekarang cuma aku seorang dalam sales team.


mujur juga sabri, kak fizah dan fasha membantu. kalau tak,memang takde life la aku ni jawabnya. dengan hampir 10 enquiry sehari, mana mampu untuk aku menyiapkan seorang diri. belum lagi dengan segala order yang perlu diproses. itu tidak termasuk nak attend phone call. menyiapkan segala kontrak, memujuk client untuk confirmkan segala reservation dan segalanya.penat.sungguh2 memenatkan

sehari, dari jam 9pagi hingga 6petang,aku menhadap PC. memang letih.otak dan mata. waktu makan juga tak menentu. selalunya,tidak sempat untuk makan tengahari. mujur aku jenis manusia yang 'wajib sarapan'. kalau tak,mmg kurus la aku.haha

baiklah.harapan saya agar cepat sikit bos baru masuk. saya da tak larat nak uruskan semuanya sendiri. sangat serabut dan memenatkan.

Laju internet kat sini

Saya sedang berblogging secara laju dari hotel di ....... hehehehehee...


Tidak seronok di sini sebenarnya. Langsung tidak seronok. Sumpah tidak seronok.

Boring sahaja duduk santai di hotel, menyiapkan 2-3 quotation. Tanpa calculator okeh. TANPA. bagaimana saya menyediakan harga? Tu,jari kaki dan jari tangan ada. Gunala sepuas-puasnya.

Keadaan nampaknya semakin teruk. Bos saya sudah memberi surat meletakkan jawatan. Terbayang selepas ini bebanan kerja yang makin menimbun. Segala sebutharga. Segala entertainment untuk customer & prospect. Mungkin selepas ini saya akan mengecil. siapa tahu kan? HAHA

Baiklah. sedang sedih. tapi entry tak macam sedih pun. sudah la. nak layan perasaan jap. selamat tinggal ~


Kesian Bos saya...

Baiklah. saya telah mendapat gaji. Syukur Alhamdulillah.


Namun saya ingin menumpang tuah di blog saya ini.

Saya mendoakan agar Incik Bos saya mendapat bayaran gajinya. Bantu dia Ya Allah. Kasihani dia. Berapa besar pun gajinya, namun sudah tentu dia mempunyai tanggungan yang perlu diselesaikan setiap bulan. Walau apa pun alasannya, gaji adalah hak setiap yang bekerja.

Bantu dia ya Allah...Bantu dia...Hanya Kau tempat kami meminta.

Demam

Bersendirian di dalam bilik meraikan genap 4 hari demam. yeay.


Isnin akan ke klinik. Risau juga kalau - kalau denggi.

:: inilah kehidupan ~


If Luck is Everything, then I need that Luck

: Cerita awal Bulan ~

Kenapa nama entri ni tajuk awal bulan? entah. itu ayat yang aku terpikir tadi. lagipun memang kita masih di dalam awal bulan kan?


Baiklah. isi entri ini sama sahaja seperti entri yang lepas. berkenaan gaji. lebih memburukkan keadaan, kali ini tidak dapat dijangka samada gaji akan dibayar pada minggu ini atau lupakan sahaja gaji untuk bulan ini. bagaimana harus aku suvive bulan ini? jangan ditanya kerana aku sudah habis akal memikirkan caranya. simpanan juga semakin nipis. alahai..

bukan aku tidak berusaha mencari pekerjaan lain. jauh lagi untuk memilih. aku sudah habis berusaha menghantar CV ke mana - mana syarikat yang memerlukan pekerja. yang tiada membuka sebarang kekosongan jawatan juga telah aku cuba. tapi, rezeki itu masih belum tiba. kenapa? entah. mungkin salah diri aku sendiri...

cuma apa yang aku mampu buat sekarang, berdoa dan bersabar. tetap mengukirkan senyum walaupun di dalam hati gusarnya Allah sahaja yang mengetahui.


Raya bakal menjelang. Cuma tinggal lagi 7 hari untuk membuat segala persiapan.


Persiapan raya bukan sahaja bermaksud baju raya, kuih raya, duet raya dan sebagainya. Raya pada aku jua meliputi

1 - Menghantar kereta ke bengkel untuk full service. ( tukar minyak hitam, minyak auto, cek minyak brek, penghawa dingin dan lain2 )

2 - Memberi duit tambahan kepada mak aku sebagai persiapan untuk raya. Ye memang la mak hajah tu gaji dia lagi besar dari aku ni, tapi sebagai anak mestila kita nak hulur gak kan..Buat tambah mana yang patut.

3 - Persiapan pre - raya juga penting. sebelum pulang ke kampung halaman aku perlu menyelesaikan bebrapa transaksi ini

a) membayar duit ansuran kereta
b) membayar duit sewa rumah
c) membayar hutang ptptn.


Apa saya cuba luahkan di sini?

Saya masih belum menerima gaji. BELUM. persiapan raya 0%. Masih tiada apa yang saya beli untuk raya. Mood raya sudah tawar habis.

Pada kawan - kawan yang telah bergaji, ada pantun dua kerat untuk kamu semua.

Bijak - bijak la berbelanja.
Selamat hari Raya

Akhir kata Dari Saya

Bila sampai di tahap ini sudah tentulah blog kelihatan sama seperti pokok orked yang ditanam lalu dibiarkan. Biarkan la. Aku telah berkira - kira untuk membiarkan blog ini begini rupa sehingga aku mendapat ketenangan yang aku cari.


Sukar untuk aku menguruskan perasaan yang bercampur baur sekarang ini. Rasa down, terrible, bad, sad, lonely dan memacam lagi. Lihat, tiada satu pun perasaan yang berunsur positif. Lebih-lebih lagi bila wanita itu selemah aku. Sungguh, sukar menjadi seorang wanita yang mempunyai 9 nafsu, tapi cuma 1 akal fikirannya. Dan paling teruk, bila aku tiada tempat untuk mengadu, since i lost u girl..

Pilihan yang terbaik adalah untuk menyendiri dan berdiam diri buat sementara waktu. Semoga dengan waktu yang berlalu begitu lambat sekarang, aku akan dapat menenangkan diri. Air mata bukan pilihan terbaik untuk aku.

Baiklah. Selamat tinggal Cik Nunun Merepek. Selamat Tinggal Lepas Laku. Selamat Tinggal Facebook.

Moga bila sekali lagi aku terjaga, teknologi telah bertambah maju. Moga juga teknologi baru itu dapat mengubat lara ini. Moga.

Attitude Problem.

Dituduh mempunya attitude problem pagi tadi. OK.Baiklah.


1) Jika aku mempunyai masalah sikap mengapa kau yang dibenci orang?

2) Kalau betul la perangai aku buruk,kenapa kau keluar makan tengahari seorang diri sedangkan aku keluar dgn mereka?

3) Attitude aku teruk la.Tapi kau perasan tak yang sebenarnya En.General Manager tak suka kau?Dia lagi suka rujuk pada aku tentang Sales & Marketing.

4) Tidak perlu buruk - burukkan aku depan CEO.Dia nampak sebenarnya siapa yang ada attitude problem.

5) well..semua ini karma.Kau ingat tak apa kau buat kat Director kita dulu??

Tahniah.Semoga kau survive dengan attitude kau yang cantik tu!

**Setakat ini, jam 8.57pm, 1/7/2010 aku masih belum menerima gaji.Ada sesiapa nak donate untuk aku bayar duet kereta & sewa rumah?hehe ~

Kau da gaji?

Kau da gaji?Kau?kau?ehh.semua orang da gaji?kenapa aku belum gaji?huwaaaa!!!


Pertama kali aku bekerja di tempat yang tidak mempunyai tarikh tetap pembayaran gaji. PERTAMA KALI ye. Jadi,setiap kali tiba hujung bulan aku akan berdebar.Bilakah gaji?Cepatkah?Lambatkah?

Dahulu ketika di Melaka, gaji akan dibayar setiap 26hb. Tempat kedua ketika di Muar, gaji akan tersedia pada 27hb. Ketika di Shah Alam,gaji akan dibayar setiap 17hb dan di Bangi gaji adalah pada setiap 25hb (kalah kerajaan kau)

Sekarang,pada ketika entri ini ditulis (28hb, 10.56pm) gaji masih tidak diterima lagi.BELUM okay.Sedikit tekanan sekarang.Simpanan semakin menyusut.Simpanan apa.Aku tak pernah menyimpan kot.hahaha.Padan muka aku.

Baiklah.Doa aku agar gaji akan dimasukkan secepat mungkin.SECEPAT MUNGKIN.Mintak-mintakla.Amin.

Mari buat- buat berani

Saya menghidapi Ophidiophobia


Baiklah nampaknya saya tak berjaya mengatasi masalah di atas. Baru sahaja tadi saya berniat untuk meletakkan beberapa keping gambar ular, tetapi saya tidak sanggup.

Fobia bukanla benda yang dibuat - buat dengan sukarela dan berharap di dalam hati agar ada orang mengasihani lalu memberikan lebih perhatian kepada mereka. Fobia adalah penyakit yang serius dan sebenarnya memerlukan rawatan rapi (pandai - pandai aku je kan? )

Penyakit di atas adalah bermaksud - Fobia terhadap ular. Baiklah pembaca sekelian, saya benar- benar takut akan ular. Sumpah takut. Bila berhadapan dengan ular, secara automatik saya boleh separa pengsan. Pernah dalam satu kejadian, saya muntah bila saya menyedari lelaki yang kebetulan lalu di sebelah saya menumpangkan seekor ular sawa di bahunya. Saya muntah berkoyan - koyan. Bersungguh - sungguh betul saya masa itu. Baiklah. Cukup mengenai muntah. Kembali kepada cerita ular.

Mungkin pada Jue Aziz, ular adalah haiwan yang seksi. Tapi saya Hannah Yunos (Glemer ke?). Ular adalah haiwan terakhir saya terfikir untuk dilihat dalam jarak 30 meter. Sumpah,jangan dekat dengan saya kalau kamu sedang bermain dengan ular plastik sekalipun. Saya mampu melempang kamu dengan kelajuan cahaya. Jangan cabar saya.

Saya, ketika ini masih mencari penawar untuk fobia ini. Sebab saya rasa adalah amat bodoh untuk takut kepada haiwan tidak berkaki itu. Saya sepatutnya takut kepada ALLAH. Bukan makhlukNya. Tapi saya masih tidak mampu lagi. Bahkan fobia saya semakin teruk apabila melihat ulat sampah pun seperti terserempak dengan kekasih lama. Eh,tidak. Seperti terserempak dengan bekas guru Pendidikan Jasmani saya. ( Beliau sangat menakutkan okay ).

Baiklah.Cukupla dengan cerita ular.Hampir muntah saya.

Selamat Malam semua. Selamat Rehat. Selamat bekerja esok.



- sedikit gambar.




Matematik Cara Nunun

Gaji - (Belanja + Rumah Sewa + Kereta + Minyak + Tol + Bil + Shopping) = Pokai

Yess!! Aku da semakin pandai mengira. Lalala~



PTPTN

Baiklah.Agak-agaknya kalau aku bicarakan tentang PTPTN di sini aku kena ISA tak?


Korang da bayar PTPTN? Berapa kau bayar sebulan? Aku?Hehehe. Aku bayar takat yang aku mampu sahaja.

Sekadar meminta pendapat. Kenapa agaknya ada pemiutang yang begitu liat membayat hutang? Adakah kamu semua mempunyai pendapat sama dengan aku? Kenapa 'caj perkhidmatan' PTPTN terlalu tinggi dan kadangkala langsung tidak munasabahsarawak? Wajarkah kami diugut dengan hadis mengenai hutang itu? Mengenakan caj perkhidmatan yang begitu tinggi dan membebankan itu tidak haramkah? Atau sudah dihalakan mengikut keadaan semasa?

Pemimpin. Dengarkan suara kami, si pemiutang PTPTN. Jika kami mampu, kami sendiri tidak akan memilih untuk berhutang ketika belajar. Jika mampu, kami akan melunaskan segala hutang sesegera mungkin. Tapi kenapa kami tidak melakukan semua itu? Kerana kami TIDAK MAMPU.

Baiklah. Saya berdoa semoga suara kami didengari. InsyaALLAH.

Berkhidmat untuk kerajaan
Hana

..........

Sedang mengalami kekecewaan yang teramat sangat. Biasalah,wanita. Ada masa-masanya dia akan terasa sangat - sangat down sampai rasa nak berkurung kat rumah sepanjang hari pun ada. Pergi kedai beli roti pun tak mahu. Dahsyat kan? Kemudia lapar di rumah,menyesal. Marah diri sendiri. Kenapa malas sangat. Eh. Rasanya tadi aku bercakap pasal kecewa.


Aku tak mahu bincangkan apa yang buat aku sangat - sangat kecewa sekarang. Sebab ini blog. Bukan diari. Sementelah juga aku tak berapa gemar membaca blog ala - ala diari. Ceh,berlagak. Macam la blog aku ni hebat sangat.HAHA.

Sekarang aku cuba mencari jalan untuk mengatasi kekecewaan ini. Mahu buat apa ye? Seperti mahu mengemas. Tidak. Tak mungkin. Keluar bersiar? Sila baca perenggan pertama semula.

Baiklah. Aku rasa aku perlu tidur. Selamat siang semua.

That Kind of Girl

I'm not the kind of girl who easily fall for every reason you give.

I know,karma will come and bite me back.But I think karma should bite you first.

I not that kind of girl that you used to love before.
I'm now a woman,who can stand by herself and do what she want.

Don't get me wrong honey.
It's not that i hate you.
but..
I really really really really hates YOU

Mau kurus?

Penulis sedang berdiet.Hahaha.Jangan percaya.Penulis sedang menipu.


Okay,sejujurnya aku perlukan sesuatu untuk aku lebih gigih untuk menguruskan badan.Berat badan yang terlebih berat sekarang ini menyebabkan aku menjadi sangat pemalas.

Target?Tentulah berat aku ketika di UiTM Jengka dulu.Sekitar 46 - 48kg sahaja.Comelkan aku?hahaha...Berat sekarang?Berani kau tanya berat aku sekarang?Kau tak takut karma?**tetiba marah.HAHAHA.

Disebabkan niat untuk ringan kembali la, aku dengan ringan tulangnya membasuh baju MENGGUNAKAN TANGAN setiap minggu, mulai minggu ini.Hehe.Dan sambil2 menulis blog ini,aku sedang mempertimbangkan untuk mengemas rumah pula.Eh..Mungkin tidak perlu.Menulis di blog juga satu senaman,untuk menguruskan jari jemari penulis.Hahaha.

Sudahla.Aku da lapar la.Mahu keluar bersarapan bersama housemate tercinta.Tapi nampaknya dia sedang seronok melayan perasaan.Biarkan dia sebentar.Agak-agak dia lapar nanti pandaila dia ajak aku keluar.Hahaha.Apa mahu makan yea?Nasi lemak la.Menyumbang tenaga.Jangan pertikaikan keputusan aku ye.Aku sudah penat membanting tulang membasuh baju tadi.Hahaha.

Hingga berjumpa kembali.

Pertama Kali

Hahaha.Setelah beberapa hari berjuang untuk membaca apa yang Amirul Idham tag aku,akhirnya aku berjaya juga. Kedegilan internet di pejabat mahupun di rumah untuk loading blog amirul,menyebabkan aku hampir2 putus asa nak menjawab tag ini.Mirul,wa rasa lu da patut tukar model la.Guna Japan pnya model.Terbaeekkk woooo!!

1. Apakah nama blog anda dan kenapa anda memilih nama itu?

Nama blog aku - Cik Nunun Merepek - Hidup ini Indah.Aku pilih nama ini kerana Nunun adalah panggilan aku di zaman kanak-kanak dan aku sangat berharap jika aku dapat berjumpa kawan - kawan zaman hingusan di alam blog ini. Okay.Pada anda yang tidak berapa mengenali saya,sila panggil saya Hana. Tetiba berlagak.haha

2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

Link?Pentingkah?Tidak kot.HAHAHA.

3. Apakah method penulisan dalam blog anda?

Method?Lebih pada MEREPEK.Kalau bosan la. Kalau marah lebih pada memaki. Kalau gembira,lebih pada berdiam diri(?)

4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?

Gile?kat mana aku nak merepek nanti???

5. Pernah tak ahli keluarga anda membaca blog anda dan apa kata mereka?

Tidak dan aku sangat tidak menggalakkan mereka.hahaha

6. Apakah perasaan anda apabila orang lain mengatakan bahawa anda punya blog ini buruk sedangkan masih ada yang mengatakan blog anda cantik?

Cantik ke blog kau nak kata blog aku buruk?eh..kenapa aku marah tetiba?haha

7. Bilakah anda mula mempunyai blog?

5 Oktober 2008. Kira aku masih jagung tahun kedua dalam arena blog ini.Pada sifu,sila beri tunjuk ajar.

8. Siapakah orang pertama yang mengetahui anda mempunyai blog?

Tak pasti pula aku. Kebanyakan komen aku dapat dari orang yang aku tidak kenali.haha.Tapi kemudian akak rumah aku dapat tahu aku mempunyai blog.Semenjak hari itu,aku lebih berhati - hati bila menulis di blog.Ciss.Aku takde kebebasan dalam 'memblogging' rupanya.Hahahaha

9. Apa perasaan anda apabila orang mengatakan tentang blog anda di sekolah/universiti/tempat kerja?

Pernah sekali bila budak kelas aku soksek pasal blog aku.Mereka marah sebab aku bercerita tentang mereka.Perasaan? Tak bangga yea. Lepas tu mereka tak mahu bercakap dengan aku lagi.hahaha

10. 10 orang untuk di-tag

Aku tak rajin nak tag orang la.ni pun sebab Amirul Idham tag aku.Seronok juga main tag ni rupanya.Tak payah aku pikir apa aku nak merepek.hahaha...

Semalam aku mimpi.Aku nikah dengan orang lain.Pilihan ibu bapa aku.


Kawan-kawan..Mimpi tu mainan tidur kan?Kan?

:: enuff ::

~ it's always about you. u're the best. only me doing the same mistake here and again. fine i let you go. best of luck then ~

...don't jugde...

although it's only for an hour, I do really hope to meet u guys....




hidup ini indah. sekalipun apa yang kau lalui lebih pahit dari hempedu.


23 / May / 2010

words cannot express the sadness in my heart now..my hubby lost his beloved mother..i'm lost the best supporter..auntie...i'm really glad to know you..and i'll keep my promise to you,InsyaAllah..i'll take care of him,forever...insyaAllah....semoga rohmu ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan bertakwa..

here..pics of her that i have...we'll be missing you so much...Al-Fatihah..





dia...

okay.cerita aku untuk blog ini adalah mengenai bakal-anak-saudara aku.haha.sungguh perasan aku ini.oi oi.kamu jangan gelakkan aku.ada baiknya jika kamu doakan aku dan dia bahagia hingga ke hujung hayat.

okeh.berbalik pada cerita asal.menganai bakal anak saudara aku.aishah namanya.atau dipanggil echah.echah sangat pandai.sangat bijak.petah berkata-kata dan mengambil hati aku yang baru belajar untuk menjadi makciknya dengan serius.haha.

ecah mudah terpengaruh dengan lagu-lagu di radio.suruh sahaja dia menyanyi.kamu sebut lagu apa kamu mahu.semua dia tahu.mariah carey juga akan menangis bila dengar vokal echah yang begitu lantang.jadi aku tak salahkan ibunya bila dia bangga dengan bakat semulajadi echah.oh.lupa aku beritahu kamu semua di sini.echah cepat menghafal lirik ya.jadi jangan kamu berani pertikaikan kewibawaan echah sebagai penyanyi kecil.

kisah pendek tapi mencengkam jiwa ini berlaku pada suatu malam ketika ibunya yang baru balik dari bekerja meminta echah untuk menyanyikan sebuah lagu untuk menidurkan ibunya(?).kebetulan iklan susu (dirahsiakan) baru sahaja berlalu. ibu echah tersenyum senang melihat echah

ibu - 'echah.nyanyi la kat ibu satu lagu'. pintu ibunya.
echah - 'boleh.ibu nak lagu apa?'
ibu - 'lagu ibu..ibu..'
echah (berdiri dengan senang dan mengambil mikrofon kecil miliknya) - 'ibu-ibu bapak-bapak siapa yang punya anak bilang aku,aku yang sedang malu'
ibu - 'haish..lain mintak,lain pulak keluar'

itulah echah kebanggaan kami.mau jumap echah?cuma beritahu aku.cuma jangan salahkan aku bila kamu jadi mangsa seterusnya.hahahha

sangat emosi =)

terima kasih tak terhingga,amirul kerana mengenalkan aku dengan dunia blog =)


ok,sejak aku ada blog ni aku seolah-olah ada therapist.yes,,i need sumone(or something) that can listen to my prob without questioning.

aku malas nak cerita panjang lebar.jadi aku letak dalam point sahaja

1) i think i'm lonely..yes i am!

2) my dearest fren betray me.tqs.

3) i hate sumbody.hehe.alaa,korang pun ada orang yang korang benci kan?

4) aku rasa nak pergi jauh..- sejauh yang boleh.tak balik pun takpe.baik la ko hilangkan diri terus hana oiiii

5) rindu terhadap en hubby sgt menggila semenjak dua menjak ni.ok..aku tau apa azrin irwan akan kata pada aku kalo dia baca post aku ni.haha

6) aku da off fb aku.yeay!

7) bos aku sucks.aku benci dia.sape tak benci bos yang sucks kan?

8) aku rasa aku bakal (lagi) menghadapi krisis kewangan bulan ini.

9) aku rase....aku benci dia.haha..camne tu?

10) ok.cukupla.banyak pulak mende yang leh wat kau emo yea?

ok...jumpa lagi di lain kali bila aku sudah boleh menenangkan diri.

teruk la camni!!!

ok..berbalik pada cerita beberapa hari lepas..klik sini untuk menyibuk =)

hmm...selepas hari aku terima sms tu,sumpah..mana aku pergi pun aku ternampak orang mcm dia...aku hampir gila sebab tiap kali tu pun la aku mula nak lari jauh2...tak tau la kenapa..kita anggap tu semua sebagai reflection ok?

kekadang mungkin jua sebab aku rasa bersalah..yea,mmg la dia hilangkan diri..tapi patutnya,instead of rapat dengan lelaki lain,aku sepatutnya cari dia n tnya kenapa dia wat mcm tu kat aku kan?tapi da nape aku nak cari dia?da dia hilang,lantak dia la....

en bf da suruh aku tukar no hp...mcm mane?aku byk apply interview pakai no tu...kengkawan takpe,leh carik lagi dlm fb...ni keje2 yang aku mintak bagai nak rak tu?

arghh..takpela..tukar no tak penting skang ni..yang penting aku perlu tau dia di mana supaya aku takkan terserempak dgn dia...sgt menyakitkan hati ok bila nampak dia..lagi2 pempuan yang buat dia hilangkan diri dari aku tu,KAWAN AKU SENDIRI...(len kali aku cerita kes kawan makan kawan lak.ehe)

hmm..kamu,Mr.F....kamu tak perlu muncul kembali dlm hidup aku..tgk sekarang...berapa banyak hati yang terluka sebab kamu...apa kamu puas hati dgn keadaan sekarang ni...kita da ada life sendiri kan...n i'm looking forward to be mrs.hafedzy...it's ok if u want to crash ur life,but not mine...n if betul kamu follow blog aku,aku cabar kamu.drop a comment here.or my fb.we need to talk bout this!

oii!!!aku da update.haha

hmm...lama da aku tak buka blog ni..sebab da takde idea nak merepek apa..plus,life aku pun takde la indah sgt sekarang ni kan..haha...


ni pun aku terdetik buka blog sebab membe time study dulu,si mirul invite aku untuk jadi penulis sampingan blog dia..sungguh mirul,aku terharu dengan semangat n kepercayaan yang ko beri untuk aku.ehe..aku layan bace blog si mirul ni sebab dia tulis apa yang dia pikir kat kepala..secara jujur n kekadang sumpah,rasa-nak-tendang-mirul-pas-bace.hahaha..

sebab da lama sgt tak bace blog,aku pun mule la teraba-raba kat dashboard aku..first of all aku akan ke page en.kelambu..agak lama aku follow en.kelambu pnya blog and seriously,blog dia sgt best.tak bosan bace..mungkin cara penulisan dia yang buat aku sgt2 teruje nak update blog dia..

hoh..juge,aku tak sangka membe study dulu,annenurziela rajin membaca blog aku.sgt terkejut bila dia tnya - ko da lame tak update blog ko eh mak min?..hahaha..siyes anne..ko wat aku melompat ke langit.haha....ok,sekarang aku da update.puas hati?jgn lupa leave comment eh..

oh..sudah malam..aku mau tido awal sebenarnya hari ni...sok en GM mau belanje breakfast...bukan selalu yea bos besar kami mau belanje makan...hehe..

ok..nite2..jumpa nnt,bila aku ada idea baru =)

' sayang,sorry 4 not being there...i know how much u hurt but i want u 2 know that i really love u..saya nak ucapkan terima kasih pada fizi sebab jage awak sepanjang saya takde..sekarang saya ada untuk awak n saya nak jage awak balik,mcm dulu....'

*received on Mon, 29th March 2010*

sms tu buat aku tak senang duduk sehari suntuk...sakit..rasa sakit sangat..baru semalam aku termimpikan dia dan tibe2 hari ni dia muncul semula bersama sms yang buat aku panas...sgt2 panas..apa maksud dia dgn sorry 4 not being there?ko bodoh la.bodoh!

whatever it is...please...stay away from me...aku da ada dia...aku sayangkan kau,tapi itu semua dulu...it's over..face it...bukan aku yang tinggalkan kau..tapi kau yang hilangkan diri....tak perlu ganggu hidup aku n pizi lagi.cukupla...

hidup ini indah

hmm..lama tak hapdate blog kan...aku busy sekarang ni...busy yang teramat sangat..

first thing aku nak hapdate ialah keje.aku sudah sudah dpat keje baru.yeay!!!seronok..excited..sebelum masuk opis la..da masuk opis,aku rasa pelik..nape la opis aku cam kosong jer ni..bila aku abes selidik rupanya kat opis tu ada la dlm 4 org jer..2 bos besar, 1 bos kecik n sorang lagi aku.ok2..takpe..lagipun aku bukan dok opis sgt pun kan...keje aku lebih dlm keta,main aircond,dgr radio,driving sambil jawab phone.haha..seharian aku habeskan dengan berjumpa org sini sana..penat sebenarnya n takla seseronok mana...tapi seronok bila kenal org baru..bila da berbual dgn ramai org,baru aku sedar tingginya langit tu.ceeewaaahhh..haha

cuma yang menjadi masalah sekarang ni,duet la..ye la..da ari2 keluar,ari2 lalu tol,isi minyak bagai tak ke parah..modal lak tak bape nak banyak..mujur ada si dia dan adik yang membantu serba sedikit..lepas nak survive until 18hb ni kan...hmm...n satu lagi..si dia tak benarkan aku pakai skirt.tak kira la..panjang or pendek dia da kata JANGAN.haha..dia taknak org pandang aku tak bersebab..ala...rilek ar B...aku da berangan nak beli dress keje kat alamanda tuu..cantik ko!geram je aku tgk kan....nampaknya dress tu pakai depan dia jer la...hmmm...

ok..another thing..lately ni aku rasa hopeless,empty n such la..semuanya bad feeling..mungkin pasal duet...tuhan..cepatla dapat gaji...tak larat da camni...sakit tau rasanya...ini kali pertama aku menghadapi krisis kewangan yang sangat teruk.hahaha...tu yang rasa kalut sgt2 tu kan...aduii..inilah pengalaman kan...

hmm..k la..aku nak bersiap dah ni..ari ni je ada 4 appointment..perit je rasa ni haaa...muka aku da peat dgn mekap je ni...leh tak if aku g jumpa client pucat2 lesi.mesti syahdu n dorang terus amek kontrak dgn aku kan..gituuu la u oll.haha

k la....aku nak out da ni..berpeluh dok cc ni ha..( terpaksa gi cc coz lupa nak print bagai company profile u oll!!haha)

oeh..sebelum terlupa..happy chinese new year...balik kampung hati2 k...daaa

interview

Selasa - Shah alam

Khamis - Petaling Jaya

Jumaat - Sunway

Itu semua jadual aku untuk interview next week..haha..aku sekarang secara rasminya adalah interview's collector..hahahha

ekceli starting 1/2 @ Monday depan aku da kena daftar diri (cewah,ayat budak school ) kat Klang..hasil 3 stage interview,akhirnya dapat gak aku keje kat situ..tapi la kan..instinct aku kuat menyuruh aku tolak jer offer kat sana.nape tah..aku pun tak sure..so aku skang ni sibuk la gi interview sana sini..

bout aku n my lovely,kitorang da agak ok..takde panas2 cam dulu..or maybe aku n dia da start kawal 'panas'.that's really great bila da start caring semula:)

and esok,InsyaAllah aku akan dapat housemate baru...mintak2 la dorang sporting cam si hani & anne ni kan..takde la nnt aku tersipu2 malu.hahaha..tak pepasal jer..

k la...nite u all...mak da mengantuk ni...see u next time..daaaa

Dugaan..

aku selalu dengar,masa bertunang adalah jangka waktu yang paling berat dugaannya...aku setuju..ramai aku lihat kawan aku kalah pada cabaran di waktu bertunang...dan mereka mengalah,membiarkan cabaran bertakhta..lantas menghancurkan hubungan antara dua hati..

aku jua,sedang bertarung hebat menongkah cabaran...menolak segala fikiran buruk yang terlintas di hati bila si dia tidak menjawab panggilan atau tidak menghantar sms seperti biasa..

namun....kami belum bertunang...baru merancang...tapi kerana sakitnya seperti sudah bertunang?kenapa seksanya seperti hampir kehilangan bakal teman sehidup semati?Allah..aku tak kuat hadapi semua ini..aku pernah hilang dia dan aku taknak rasa hidup tanpa dia lagi...

masa,kewangan,teman selalu menjadi punca perselisihan faham..puas sudah aku dan dia elakkan pergaduhan,tapi selalu sahaja perbualan kami tidak berakhir dengan baik..

namun kami tetap cuba bertahan...tidak sanggup untuk kami melakukan kesilapan yang sama..terlalu bodoh untuk lepaskan orang yang kita sayang cuma kerana ego..

Allah..aku tahu kamu mendengar...terima doaku ini Ya Allah...aku betul2 mahu hidup bersama dia...tunjukkan pada kami jalan yang terang...yang kurang cabarannya...permudahkan usaha kami Ya Allah...

B..jangan pernah berubah...sebab saya takkan pergi lagi.....

morning

it's really great to wake up this morning after such a miserable day..tot that i never smile after what happened yesterday..

tqs to my housemate, hani and anne for making me laugh early in the morning

semalam,aku sungguh2 hilang mood..dimarahi,memarahi,dikecewakan,mengecewakan orang sekeliling aku.sehingga sebenarnya aku tak sedar apa aku cakap or buat dgn anne & hani.seperti aku cakap sebelum ini,tak pernah aku rasa kecewa seperti ini

baiklah..aku akan mulakan hari ini dengan berfikiran positif.owh lupa...got an interview at 2pm...wish me luck u all:)

:: terlalu kecewa ::

tersangat kecewa.dgn diri sendiri.dgn kawan.

kecewa sehingga rasa sakit sangat untuk bercerita.rasa sakit untuk mengalirkan air mata.

tak pernah aku rasa kecewa mcm ni.tak pernah.seumur 26 tahun ni,ini kali pertama aku rasa sangat2 kecewa.

kenapa tak nak dengar penjelasan aku?kenapa perlu berat sebelah?kenapa?

kenapa perlu salahkan aku dengan apa yang terjadi?aku tak perlukan kamu untuk memerli aku.tak perlu.kamu tak tahu cerita sebenarnya.kamu TIADA HAK untuk menyalahkan aku atas apa yang terjadi!

dan kamu sebagai kawan.aku tak rasa aku perlukan kamu lagi.cukupla setakat ini.aku sudah benci sama kamu.

aku sungguh2 kecewa dengan apa yang terjadi.takkan aku terima kamu kembali.pada aku,kamu sudah tiada

:: hantaran ::

tak.aku bukan nak cerita tentang hiasan untuk hantaran aku di sini

tapi cerita yang lebih serius. aku serius ni...

aku dengar bermula tahun ini, hantaran akan disebut sekali bersama mas kahwin...maksudnya hantaran juga ialah mas kahwin untuk perempuan tu...aku menjerit..anne sengih..katanya orang kelantan mmg macam tu tradisi nya..owh..tak hairan mengapa dia begitu tenang...

ok..apa aku nak bincangkan adalah kebaikan dan kuburukan..

baik dahulu ( sebab aku sentiasa positif.haha)

1 - byk la duet aku pas kawen..takde la bergantung sgt dengan mas kahwin RM22.50 tu..nak beli beras 10 kilo pun tak lepas nok)

2 - blh la aku menyimpan sebagai bekalan di hari tua nnt ( kalo la ada lagi)..tak pun tambah deposit beli rumah kan....

3 - rm10k...wuuuu..................mcm2 dapat tuu..hehe

buruknya pula

1 - matila untuk orang baru merancang untuk berkahwin hujung tahun ni ( cthnya : aku.huwaaaa)

2 - sian la parents aku.aku baru ingt duet hantaran tu leh bagi sepruh kat dorang..yela,kalo da jadi mas kahwin kan ke tu duet kita aje,org lain takleh guna..

3 - sian la bakal suami aku nnt..B, kamu better berhenti isap rokok n berpoya-poya.mas kahwin saya sekarng ni RM 11,300 tau.hahaha

4 - mesti pasni jadi tradisi,berlawan sape pnya hantaran paling tinggi (ye la,da time akad disebut hantarannya kann...time tu la nak berlagak hantaran aku paling tinggi!..artis sgt tau n i hate it!)

err....nape buruk lebih byk ni ek...hehehehe

suggestion

1 - jangan la wat kami yang nak kawin mcm ni..nnt tak jadi kawin.,tangguh2 kawin tak ke makin menggunungkan dosa?

2 - remain seperti dahulu. mas kahwin,adalah wajib..hantaran is private. sian parents aku nnt..aku nak gak bagi dorang duet untuk kenduri nnt...

3 - PIKIR & BERTANYA DULU SEBELUM BUAT KEPUTUSAN LA BANGANG!!!!

4 - ok,aku menentang cadangan tersebut.

what say u?