Raya bakal menjelang. Cuma tinggal lagi 7 hari untuk membuat segala persiapan.


Persiapan raya bukan sahaja bermaksud baju raya, kuih raya, duet raya dan sebagainya. Raya pada aku jua meliputi

1 - Menghantar kereta ke bengkel untuk full service. ( tukar minyak hitam, minyak auto, cek minyak brek, penghawa dingin dan lain2 )

2 - Memberi duit tambahan kepada mak aku sebagai persiapan untuk raya. Ye memang la mak hajah tu gaji dia lagi besar dari aku ni, tapi sebagai anak mestila kita nak hulur gak kan..Buat tambah mana yang patut.

3 - Persiapan pre - raya juga penting. sebelum pulang ke kampung halaman aku perlu menyelesaikan bebrapa transaksi ini

a) membayar duit ansuran kereta
b) membayar duit sewa rumah
c) membayar hutang ptptn.


Apa saya cuba luahkan di sini?

Saya masih belum menerima gaji. BELUM. persiapan raya 0%. Masih tiada apa yang saya beli untuk raya. Mood raya sudah tawar habis.

Pada kawan - kawan yang telah bergaji, ada pantun dua kerat untuk kamu semua.

Bijak - bijak la berbelanja.
Selamat hari Raya