Akhir kata Dari Saya

Bila sampai di tahap ini sudah tentulah blog kelihatan sama seperti pokok orked yang ditanam lalu dibiarkan. Biarkan la. Aku telah berkira - kira untuk membiarkan blog ini begini rupa sehingga aku mendapat ketenangan yang aku cari.


Sukar untuk aku menguruskan perasaan yang bercampur baur sekarang ini. Rasa down, terrible, bad, sad, lonely dan memacam lagi. Lihat, tiada satu pun perasaan yang berunsur positif. Lebih-lebih lagi bila wanita itu selemah aku. Sungguh, sukar menjadi seorang wanita yang mempunyai 9 nafsu, tapi cuma 1 akal fikirannya. Dan paling teruk, bila aku tiada tempat untuk mengadu, since i lost u girl..

Pilihan yang terbaik adalah untuk menyendiri dan berdiam diri buat sementara waktu. Semoga dengan waktu yang berlalu begitu lambat sekarang, aku akan dapat menenangkan diri. Air mata bukan pilihan terbaik untuk aku.

Baiklah. Selamat tinggal Cik Nunun Merepek. Selamat Tinggal Lepas Laku. Selamat Tinggal Facebook.

Moga bila sekali lagi aku terjaga, teknologi telah bertambah maju. Moga juga teknologi baru itu dapat mengubat lara ini. Moga.

Attitude Problem.

Dituduh mempunya attitude problem pagi tadi. OK.Baiklah.


1) Jika aku mempunyai masalah sikap mengapa kau yang dibenci orang?

2) Kalau betul la perangai aku buruk,kenapa kau keluar makan tengahari seorang diri sedangkan aku keluar dgn mereka?

3) Attitude aku teruk la.Tapi kau perasan tak yang sebenarnya En.General Manager tak suka kau?Dia lagi suka rujuk pada aku tentang Sales & Marketing.

4) Tidak perlu buruk - burukkan aku depan CEO.Dia nampak sebenarnya siapa yang ada attitude problem.

5) well..semua ini karma.Kau ingat tak apa kau buat kat Director kita dulu??

Tahniah.Semoga kau survive dengan attitude kau yang cantik tu!

**Setakat ini, jam 8.57pm, 1/7/2010 aku masih belum menerima gaji.Ada sesiapa nak donate untuk aku bayar duet kereta & sewa rumah?hehe ~