..........

Sedang mengalami kekecewaan yang teramat sangat. Biasalah,wanita. Ada masa-masanya dia akan terasa sangat - sangat down sampai rasa nak berkurung kat rumah sepanjang hari pun ada. Pergi kedai beli roti pun tak mahu. Dahsyat kan? Kemudia lapar di rumah,menyesal. Marah diri sendiri. Kenapa malas sangat. Eh. Rasanya tadi aku bercakap pasal kecewa.


Aku tak mahu bincangkan apa yang buat aku sangat - sangat kecewa sekarang. Sebab ini blog. Bukan diari. Sementelah juga aku tak berapa gemar membaca blog ala - ala diari. Ceh,berlagak. Macam la blog aku ni hebat sangat.HAHA.

Sekarang aku cuba mencari jalan untuk mengatasi kekecewaan ini. Mahu buat apa ye? Seperti mahu mengemas. Tidak. Tak mungkin. Keluar bersiar? Sila baca perenggan pertama semula.

Baiklah. Aku rasa aku perlu tidur. Selamat siang semua.

0 Comments:

Post a Comment



Post a Comment