Saya menghidapi Ophidiophobia
Baiklah nampaknya saya tak berjaya mengatasi masalah di atas. Baru sahaja tadi saya berniat untuk meletakkan beberapa keping gambar ular, tetapi saya tidak sanggup.
Fobia bukanla benda yang dibuat - buat dengan sukarela dan berharap di dalam hati agar ada orang mengasihani lalu memberikan lebih perhatian kepada mereka. Fobia adalah penyakit yang serius dan sebenarnya memerlukan rawatan rapi (pandai - pandai aku je kan? )
Penyakit di atas adalah bermaksud - Fobia terhadap ular. Baiklah pembaca sekelian, saya benar- benar takut akan ular. Sumpah takut. Bila berhadapan dengan ular, secara automatik saya boleh separa pengsan. Pernah dalam satu kejadian, saya muntah bila saya menyedari lelaki yang kebetulan lalu di sebelah saya menumpangkan seekor ular sawa di bahunya. Saya muntah berkoyan - koyan. Bersungguh - sungguh betul saya masa itu. Baiklah. Cukup mengenai muntah. Kembali kepada cerita ular.
Mungkin pada Jue Aziz, ular adalah haiwan yang seksi. Tapi saya Hannah Yunos (Glemer ke?). Ular adalah haiwan terakhir saya terfikir untuk dilihat dalam jarak 30 meter. Sumpah,jangan dekat dengan saya kalau kamu sedang bermain dengan ular plastik sekalipun. Saya mampu melempang kamu dengan kelajuan cahaya. Jangan cabar saya.
Saya, ketika ini masih mencari penawar untuk fobia ini. Sebab saya rasa adalah amat bodoh untuk takut kepada haiwan tidak berkaki itu. Saya sepatutnya takut kepada ALLAH. Bukan makhlukNya. Tapi saya masih tidak mampu lagi. Bahkan fobia saya semakin teruk apabila melihat ulat sampah pun seperti terserempak dengan kekasih lama. Eh,tidak. Seperti terserempak dengan bekas guru Pendidikan Jasmani saya. ( Beliau sangat menakutkan okay ).
Baiklah.Cukupla dengan cerita ular.Hampir muntah saya.
Selamat Malam semua. Selamat Rehat. Selamat bekerja esok.
- sedikit gambar.
2 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ular kecik boleh la..
cuba ular sawa yang lapar, seksi ke? hehehe...