PTPTN

Baiklah.Agak-agaknya kalau aku bicarakan tentang PTPTN di sini aku kena ISA tak?


Korang da bayar PTPTN? Berapa kau bayar sebulan? Aku?Hehehe. Aku bayar takat yang aku mampu sahaja.

Sekadar meminta pendapat. Kenapa agaknya ada pemiutang yang begitu liat membayat hutang? Adakah kamu semua mempunyai pendapat sama dengan aku? Kenapa 'caj perkhidmatan' PTPTN terlalu tinggi dan kadangkala langsung tidak munasabahsarawak? Wajarkah kami diugut dengan hadis mengenai hutang itu? Mengenakan caj perkhidmatan yang begitu tinggi dan membebankan itu tidak haramkah? Atau sudah dihalakan mengikut keadaan semasa?

Pemimpin. Dengarkan suara kami, si pemiutang PTPTN. Jika kami mampu, kami sendiri tidak akan memilih untuk berhutang ketika belajar. Jika mampu, kami akan melunaskan segala hutang sesegera mungkin. Tapi kenapa kami tidak melakukan semua itu? Kerana kami TIDAK MAMPU.

Baiklah. Saya berdoa semoga suara kami didengari. InsyaALLAH.

Berkhidmat untuk kerajaan
Hana

3 Comments:

  1. Anonymous said...
    ya betul! kenapa kenapa kenapa n kenapa....

    caj perkhidmatan tu dh tukar 1% je..tapi ko tau, caj itu dikenakan bermula 1 jun 2 ribu bape aku tak ingat tahun.bapak aku ade call tanye.jd caj perkhidmatan yg mahal itu berterusan dikenakan sehingga aku cek kat web ptptn, caj aku masih lagi dikenakan kadar tinggi walaupun aku pembayar tegar !!!

    aku tak puashati ngn abah aku : adik aku yg bongsu, dia tak bg pnjm ptptn..dia masuk insurans..aku n yg no 3 kena bayor ptptn..yg no 4 dpt jpa.!!!
    Amirul Idham said...
    tu la pasal. hal caj yang mahal ni memang jadi masalah. kalau caj aje dah cecah dekat rm30++ memang payah la.

    dulu cakap nak turunkan caj. tapi tak turun2kan lagi.

    doa je la banyak2 malaysia tetiba jadi negara kaya, kompom ptptn di mansuhkan.
    amin!!!!
    Hannah Yunos said...
    errr..ko da start bayar mirul?lg lama,lg menimbun hutang PTPTN tu.silap2 nnt bini ko pn letak syarat - tak payah bg duet hantaran bamg..settlekan ptptn saya aje -
    hehe

Post a Comment



Post a Comment