Kenapa nama entri ni tajuk awal bulan? entah. itu ayat yang aku terpikir tadi. lagipun memang kita masih di dalam awal bulan kan?
Baiklah. isi entri ini sama sahaja seperti entri yang lepas. berkenaan gaji. lebih memburukkan keadaan, kali ini tidak dapat dijangka samada gaji akan dibayar pada minggu ini atau lupakan sahaja gaji untuk bulan ini. bagaimana harus aku suvive bulan ini? jangan ditanya kerana aku sudah habis akal memikirkan caranya. simpanan juga semakin nipis. alahai..
bukan aku tidak berusaha mencari pekerjaan lain. jauh lagi untuk memilih. aku sudah habis berusaha menghantar CV ke mana - mana syarikat yang memerlukan pekerja. yang tiada membuka sebarang kekosongan jawatan juga telah aku cuba. tapi, rezeki itu masih belum tiba. kenapa? entah. mungkin salah diri aku sendiri...
cuma apa yang aku mampu buat sekarang, berdoa dan bersabar. tetap mengukirkan senyum walaupun di dalam hati gusarnya Allah sahaja yang mengetahui.
3 Comments:
-
- Anonymous said...
October 5, 2010 at 11:22 PMowh.. aku doakan kamu cepat d beri kerja lain..xde kata2 lain nk d ucapkan kawan!- Hannah Yunos said...
October 6, 2010 at 1:05 AMowh. terima kasih kawan =p- Amirul Idham said...
October 7, 2010 at 1:00 AMaku doakan kau dapat keje lain, kau doakan aku dapat keje
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment