Ye..akhirnya aku tahu apakah penyakit yang aku alami sekarang ini.tapi penyakit ini aku tidak akan kupas namanya di dalam blog ini kerana aku pasti, blog bukan dicipta untuk mengutuk diri sendiri..blog dicipta untuk mengata orang lain seperti A mengutuk N dan A mengutuk M.tu cth terdekat.rasanya
Ok,yang aku nak cerita kat sini adalah punca penyakit aku.setelah perjalanan yang bepusing-pusing,dari seksyen 8 ke seksyen 6 kemudian ke seksyen 2, dan berakhir di seksyen 8 kembali, setelah merempuh trafik dan juga kereta wira serta waja yang bodoh kerana menghimpit baby maroon k.emy, doktor mengesahkan penyakit aku ini timbul kerana work loads, atau bahasa jawanya stress.
Aku pandang doktor noraini sebelah mata.takla.aku tak pernah stress sepanjang kerja kat sini.hehe.doktor noraini pandang aku semula,turut tersengih.
Setelah pemeriksaan di atas katil,menunjukkan bukti yang patut pada doktor untuk mengatakan bahawa aku benar2 sakit, doktor noraini tanpa berselindung,mahupun berniat untuk menjaga hati aku dengan selamba memberitahu nama penyakit yang aku hadapi.ingin aku tegaskan di sini,aku bukan terkena panau, atau kurap atau2 geng panau dan kurap.penyakit aku misteri seperti mana misterinya kemunculan simptom2 di badan belah kiri aku.
Akhirnya, setelah diterangkan punca sebenar penyakit aku, aku paksa diri aku untuk senyum.bukan susah pun,takat sengetkan sedikit bibir ke belah kanan,cukup untuk tunjukkan aku agak hepi dapat sakit ini.
Setelah mengambil 3 jenis ubat termasuk pain killer ( tgk,teruk kan sakit aku) dan juga 2 hari mc ( doktor salah tulis tarikh.ceit!) aku dikehendaki bayar RM10 7 sebagai membayar jasa doktor yang merawat, memberi khidmat nasihat,memberitahu nama penyakit aku tanpa rasa ragu-ragu,malahan sangat yakin, dan juga ubat-ubatan beserta mc yang diberi.aku buat2 cool dan mengeluarkan duit sebanyak rm110.bila akak nurse tu pandang aku, aku buat2 muka mcm aku baru dapat gaji semalam.alah,kalau aku buat muka kesian pun bukan dapat free mende2 tu.kan.
Ok,akhirnya aku dapat mc dan aku akan gunakan mc aku ni sebaik-baiknya.aku akan tido, dan tido, serta tido.apa?korang ingt rumah aku best sgt ke?tido tu benda paling best buleh wat kat rumah aku tau tak?
Post a Comment