Lengkap

Alhamdulillah. Sudah selamat diijabkabulkan pada 12/11/2011

Syukur ke hadrat Ilahi. Disatukan bersama sang kekasih hati.

tak banyak gambar. so aku letak mana yang ada sahaja :)


InsyaAllah,aku akan jadi isteri yang terbaik untukmu.

nak kahwin dah..

usikan kat opis makin teruk. owh..ini la rasa bila nak kawen rupanya. HEHE

Friday

105 more days to go. are u ready? no.


persiapan apa pun takde lagi. kurus kawen? haha. daftar pun belum..

cmno ne? betul ke aku da nak kawen? huhu

aku anggap kau kawan selama ni. kenapa kau susah payah nak back stab aku ek?


sakit tau hati ni. nak aje aku lempang muka kau.

baiklah,mulai sekarang aku akan jadi plastik depan kau.

depan kau aku baik,belakang aku tikam kau semula.

hidup ini indah. jangan sia - siakan. lalala ~

Shopaholic

I am not a shopaholic. but i do believe in shopping treatment.


lately jiwa kacau. dengan semua benda. even pasal nyamuk pun boleh jadi isu.

treatment? nothing goes well as full day shopping trip. it works really good for me. *clap*

entahla.mungkin jiwa aku terlalu halus atau aku terlalu banyak belajar dari kesilapan yang dulu. feels like i'm losing my fiance now. ye, ini dugaan.

Allah takkan uji hambaNya melainkan Dia tahu hamba itu mampu memikul ujian itu. tapi, mampukah aku? sekarang nak berfikir waras pun ambil masa. most of the time aku seems untuk mengelak dari menghadapi. entahla....

mujur suasana di tempat kerja agak okay sekarang so aku ada ruang untuk lupakan sedih sementara.

Allah..permudahkan la urusan kami.

it's been 8 years. me n him. and i never find a way to love, to need and to be with somebody else.

love is the most hurtful moment. also the sweetest things happens in my life

lapa. lapa.

makan buah aje hari ni. mintak2 berat turun 18kg. amin

:: blissful weekend ~

apa anda buat weekend yang lepas? ai? ai ikut encik tunang balik kampung. ehe =p (muka gedik)


a very short holiday so we intend to fill it it hectic-activity. benda2 merepek dalam kepala aku seperti

1) makan durian sampai muntah.

2) pergi kenduri kawen

3) berjalan ke perak

4) kenal dan jumpa semua paman, wak.mbah & bibik dia ( pakcik, tok sedara & makcik )

5) nak tidur bilik belakang sebab bilik tu sejukkkk gila

6) rancang tarikh kawen.

kesemua enam telah tercapai. tiba2 satu hasrat yang hampir 2 bulan terpendam cari air nira pun tercapai. HAHA. ni semua gara2 sepanjang jalan nak ke perak aku sibuk kira gerai tepi jalan and, tadaaaa!! ada gerai air nira. aku menjerit sampai pizi pull over ok. haha. terkejut mamat tu. bila aku cakap aku nmpk gerai air nira, aku terus dapat tiket ' makian free' dari 2 orang. hehe =p

ok, ai tak kisah u oll marah ai janji ai dapat air nira. tapi,hampa. tulisan je ada. gerai tak bukak. baiklah, patah hati di situ. NEEEXXT!!

isnin sebelum pulang kami ke rumah mbah. maksudnya atuk as in malay la.perjalan yang agak patah hati gara2 air nira. diam aje la aku dalam keta. mujur tak pregnant kan. haha. secara tiba - tiba abg edy bentikan keta tepi jalan. uih. da kenapa ni? 5 saat selepas -----> yeay!! gerai air nira bukak. secara tamak dan gembira aku beli 3 bungkus. hehe. keputusannya - air nira memang sedap. pasni nak cari yang tanpa gula pulak. ehe.

baiklah. sebenarnya eksaited nak cite tang air nira je. hehe. ok. babai




love need no reason

ye tuan2 dan puan2. selamat datang ke alam pertunangan.


sedikt seksa tentunya. benda kecik macam semut tu jantan atau betina pun boleh dibuat gaduh. ye, memang bodoh.

tapi tetap ada manisnya. manis bila dia memujuk. manis bila dia sanggup datang jam 10 malam dari puchong sebab kes tersilap cakap pada jam 9 malam tadi.

you're engaged. what do you expect? everything going smooth for the next 10 months? kau patut tampar diri sendiri masa kau berharap camtu.

aku bersyukur dengan keputusan aku untuk bertunang dulu sebelum kawen. time2 camni mula la da nmpk belang dia. buruknya dia, baiknya dia. semua lebih terserlah masa bertunang. cuma yang tak tahan bila kerap bergaduh dan akhirnya dedua terlupa sebab apa bergaduh. sounds silly but believe me, it's good for your relationship. sekurang - kurangnya time bergaduh tu kau da cakap apa yang kau tak puas hati.

soon to be, insyaAllah hujung tahun ni kami akan bergelar suami isteri. sangat - sangat berdoa dan berharap agar impian kami akan jadi kenyataan dan dipermudahkan.

sayang, jangan buat ai marah lagi boleh tak? nnt ai tepuk2 perut u yang penuh dengan nasi tu kang,baru u tau.

peeps, have a nice day ahead. =p


Hehe.

hati gembira bukan kepalang. sebenarnya jiwa & raga da selamat sampai muo. dok terkenang abah yang tak berapa nak sihat, ibu yang akan bebel pasal keta & adik - adik yang separuh masak betul2 buat hati tak tenteram.


ok la. short entry untuk mengatakan aku masih hidup. daaaaa

hei Hei You you!

Really need a gateway. bercuti dengan dia. off hp. takde sesape kacau. boleh ke?


banyak benda berselirat dalam kepala sekarang ni. serabut. fikir macam - macam. betulla kata orang. dugaan masa bertunang memang hebat, mampu buat aku menangis tak pasal - pasal.

Kerja aku pun satu hal lagi ni. aku rasa aku da hilang fokus la. totally hilang. setiap kali kalau ada incoming call dari office, aku mula rasa nak demam. HAHA. serious guys. tak main - main.

tengok tu, tulis mende merepek camni pun da buat air mata aku bergenang. adeh. teruk la macamni. mahu pergi sudah. babai.

small note : berdoa agar cuti seminggu tanpa gaji saya diluluskan.AMIN

..: ber..ubah .. ::

Sudah jauh berubah. Ramai sudah menegur.


Bukan lebih matang, tapi lebih berhati - hati untuk berkawan. Biarla kurang kawan yang ada janji semuanya menyenangkan hati.

Tambahan, sudah selesa dengan hidup sekarang.Alhamdulillah.Tidak la sesempurna mana, tapi bersyukur, sekurang - kurangnya lebih elok dari dulu - dulu.

Semakin sibuk dengan kerja. Hidup aku lebih pada kerja. Kasihan en. tunang. Persiapan kahwin pula sudah terabai. Bangun kerja pikir kerja, sebelum tidur pun pikir kerja.

Kalau dulu, apa2 pun mesti teringat dia dulu. tapi sekarang semua da lain. maaf sayang..Sangat berharap untuk mempunyai lebih masa bersama kamu.

Mungkin Juga Salah Aku.

Pagi - pagi lagi da jadi kelam kabut. Taknak salahkan sesiapa, diri sendiri pun bersalah.


Entahla. no words could describe. memang sumpah aku rasa seram sejuk and tangan aku pun menggigil gila2 ni.

Baiklah, tak mahu salahkan sesiapa. Mahu menginsafi diri sendiri.

Note to self - next time, da sent email sila call org yang patut receive that thing. jangan wat perangai diva.skang ni diri sendiri susah!

tak merepek

busy la dol skang ni. tak sempat langsung nak merapu dalam ni da.


bulan 4 kelihatan agak horror untuk aku.

1 - saman rm400 kena settle.
2 - insurans & roadtax - rm500.
3 - ansuran keta - rm500.

adeh. senak2. lari lagi la saving bulan ni....

di muar.

sudah berada dia kampung halaman =p


tiada apa lebih menyeronokkan selain berada di samping keluarga. lepak dengan adik2. tanya ibu benda macam2 sampai ibu naik pening. dan paksa abah kopek durian bebanyak. hehe.

dulu ada gak member selalu tegur aku sebab aku rajin sangat balik kampung. tapi jawapan aku senang sahaja - selagi ibu - bapa dan adik2 kita masih ada, ini sahaja peluang untuk kita bersama mereka. satu hari nanti, bila mereka da tak ada, jangan kita menyesal tak sudah.

baiklah, mahu sambung tidur. mata pun sudah lip lap lip lap. nite2. daaa~

mimpi.

kadang - kadang, mimpi mampu membunuh jiwa yang rapuh....


incik tunang, sumpah i love you. huhuhu ~

Wedding Budget

Seronok Mengira Sampai Mengalir Air Mata


Bridal Package - RM2,500.00
Kenduri - RM10,000.00
Doorgift - RM3,000.00
Kain Songket - RM1,000.00
Emergency - RM2000.00

TOTAL = RM18,500.00

aku da kira, tolak duet hantaran aku kena tambah jugak lagi beberapa ribu. adeh. kena jual kepek la ini macam =p

kawen time!!

owh. sangat teruja mempersiapkan diri untuk kawen. sudah teruja. yahoo!!


semalam sudah pergi mencari kain songket untuk sanding. ye kawan2. aku akan bersongket. sila la percaya. aku mau sesuatu yang klasik & lain untuk hari paling penting dalam hidup aku. mau bergaya ala2 pontianak harum sundal malam gitu. auww. haha. what i mean, masa si maya karin cantik la. bukan la masa dia terbang2 tu haaa.

sekarang masa untuk rental barang2 perhiasan yang sesuai untuk songket. juga mencari mak andam yang boleh menghiaskan aku seperti pengantin2 jelita masa lalu.

ada sesetengah bridal yang terkejut bila aku cakap aku tak fancy dgn lace. mula2 mmg berkenan la lace cantik2 tu, tapi aku rasa, aku nak kembali ke zaman dulu2. da alang2 hj yunos nk wat kenduri aku secara rewang kan, biarla aku terus bersongket. hamek abah. kaklong buat tradisional terus. hahaha.

tapi pelamin....aku rasa pelamin nak yang moden sikit kot. menunaikan hajat sepupu aku. hehe.

Ya Allah, semoga apa aku rancangkan menjadi realiti. this is once for the life time. i wanna make it real. insayaAllah.

..: BODOH :..

pahal la kau bodoh sangat ah? meh sini aku jadik manager!!

stalker

Bingit dibuatnya dengan psiko-stalker ni. apa lagi la kau nak dari aku ek? thought it's over, tapi drag things sampai hari ni.


tak payah la pasang orang lain sebagai stalker. tak ke kau rasa bodoh, terhegeh2 amek tahu hal aku sedangkan aku da lama buang kau dari hidup aku? dan kalau kau nak tahu, stalker yang kau hire tu pun leh tahan bodohnya.

sudah2 la weh. hentikan la lakonan 'baik - sempurna - hebat - bahagia' kau tu. brag tak abes2. padahal!!!!

untuk orang lain di luar sana, hidup mana yang kau mampu jer. dan tak payah la butakan mata semua orang dengan hidup kau yang kononnya perfect tu. nobody perfect la weh. come on la. ini hidup. sesekali berangan tinggi ke langit, bila kau jatuh terhempas ke bumi nnt, kau sendiri yang terasa camne sakitnya.



as requested













words will never can explain how i feel now. i'm blessed. alhamdulillah.

untuk semua yang menjayakan majlis ini, terima kasih. pada ibu, abah, adik2 dan juga makcik2 & pakcik2, rakan2 sekalian, terima kasih.

pada yang tidak tahu atau tidak dijemput, maaf. anda bukan dilupakan. tunggu sahaja kad dari kami =p

Syukur~


Love of My Life ~

Thanks for your tender, love and care ~

alhamdulillah.

syukur ke hadrat Ilahi. Majlis sudah selesai. sekarang masa untuk tidur. hahahaha =p

rindu atuk

time2 camni kenangan dengan arwah atuk mudah je datang. mungkin aku terlalu rindu kat dia. mungkin.


kalau atuk ada sekarang, mungkin atuk orang yang paling gembira.

atuk agak garang, tapi sungguh, arwah sangat baik hati dan sayang cucu - cucunya. mungkin sebab atuk pernah jaga aku, apa2 aku selesa nak cakap dgn atuk. tak berapa nak malu la senang cakap.bila atuk da sakit, turn aku lak jaga dia. sampai hari atuk meninggal, aku sebelah atuk.

atuk, kalau la atuk dengar. nurul rindu. rindu nak kena marah. rindu nak bawak atuk pegi pasar. rindu nak cari kedai sate sedap. rindu sangat2.

takde apa nurul boleh buat sekarang melainkan berdoa agar atuk aman damai di sana. Al-Fatihah.

Love is not just love. You need more to survive in one relationship.


You need love, respect and maybe some luck.

We're serious bout this relationship and we need more than just ' gf & bf ' thing. we need something sure. something beautiful to share.

and never scared to make any decision. and never be blind just because of love. never.

Love is something to cherish, not something to suffer about.

XOXO

itu la description untuk apa yang terjadi di rumah aku skang.

Mode : Gatal

Mari menghitung hari. Hahaha. Baiklah, sila jangan terlalu eksaited. Takut nanti benda lain jadi.


Lagi beberapa jam akan pulang ke muar. Gembira tidak terkata. Akan menghabiskan masa selama seminggu di sana. *senyum*senyum*

Sudah rindu sama ibu - bapa. adik2. makcik. JJS. Rindu bau daerah muar dia waktu pagi. Rindu mau bersarapan sate & mee rebus.

Tidak akan update selama seminggu. Anyway, wish me all the best. Mungkin pada yang lain majlis ini simple dan tak perlu la bersusah payah mana. but this is once in the lifetime. And i really hope for the best.

Bloggers out there, Happy Chinese New Year. mana2 yang tetiba menjejakkan kaki ke Muar nnt, just give me a call. Mana tau blh hang out. hehe =p

tanpa tajuk

9 hari lagi. Rumah sudah kelam kabut. Biasalah, pertama kali buat kenduri begini.


Hj Yunos sudah mengalahkan Hajah Rohani bab membebel.

Adik - adik lak balik lambat dari kampus memasing

Makcik -pakcik sampai 4/2

Jiran - jiran aku rasa tak tau berita lagi

Aku steady dan masih leh update status kat fb

Rezeki

Alhamdulillah. rezeki sudah masuk.


so, da tak perlu risau tentang barang hantaran. Alhamdulillah =p

Dugaan Awal?

ok sumpah aku memang rasa tertekan sedikit. lebih dari sedikit.


si dia cam berubah. tidak la sedrastik mana, tapi aku boleh nampak perubahan itu. ataupun hormon - hormon bengong aku sudah muncul, jadi semua yang dia buat nampak pelik / salah?

baiklah. aku perlu bertenang. dugaan semua ini. dugaan.

dalam hidup,kita takkan selalu dapat apa yang kita mahu. kita mungkin selalu mendapat jalan yang berliku. tapi, kita tak tahu mungkin yang berliku itu lebih baik dari yang lurus. kita tidak nampak sehingga kita berjaya sampai ke hujung jalan itu.

Ya Allah, kau tahu kekuatanku dan kau arif dengan kelemahanku. dan aku percaya Kau takkan menguji aku, lebih dari apa yang aku mampu.

bersabar. itu kan lebih bagus?


Teruja part 2

Sedang menghitung hari. Ya Allah, permudahkan segala urusan kami.


80% done. Tinggal deco lagi sikit je. mintak2 sempat la siap.

15 more days to go. chaiyok!!

Dirty Job

" Someone do the dirty job and put the blame on him"


hei! pernah kau bersemuka dengan aku meminta penjelasan? dengan sewenang-wenangnya meletakkan segala kesalahan di bahu aku.kau tiada pada hari itu sedangkan kau patut berada di situ. ke mana kau pada ketika itu?

dan sekarang kau menunjukkan muka penuh kebencian pada aku. well dude. i don't give a damn. aku ke sini atas dasar kerja. semata - mata.

whatever it is. just wanna say. this is karma. KARMA. look back what have you done before.

Yang memberi rezeki itu Allah. Kita cuma berusaha dan bertawakal. Jangan sesekali lalai menunaikan tanggungjawab yang telah diberi. jangan sesekali menyelewengkan kepercayaan yang telah dipuji. dan jangan sesekali kau fikir, kau akan terlepas dari segala apa kerosakan yang telah dilakukan.

kita hidup ni sementara. bukan dunia yang aku kejar, tapi akhirat yang pasti di mana kita akan diadili. seadil - adilnya oleh Pencipta kita.

Hidup ini pendek. amal, tawakal dan nikmati hasilnya. insyaAllah lebih diberkati.

Habuk

Kemas bilik. mau pindah. habuk terbang2. demam makin teruk


permulaan 2011 yang 'indah'