sudah berada dia kampung halaman =p
tiada apa lebih menyeronokkan selain berada di samping keluarga. lepak dengan adik2. tanya ibu benda macam2 sampai ibu naik pening. dan paksa abah kopek durian bebanyak. hehe.
dulu ada gak member selalu tegur aku sebab aku rajin sangat balik kampung. tapi jawapan aku senang sahaja - selagi ibu - bapa dan adik2 kita masih ada, ini sahaja peluang untuk kita bersama mereka. satu hari nanti, bila mereka da tak ada, jangan kita menyesal tak sudah.
baiklah, mahu sambung tidur. mata pun sudah lip lap lip lap. nite2. daaa~
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment