Kau da gaji?

Kau da gaji?Kau?kau?ehh.semua orang da gaji?kenapa aku belum gaji?huwaaaa!!!


Pertama kali aku bekerja di tempat yang tidak mempunyai tarikh tetap pembayaran gaji. PERTAMA KALI ye. Jadi,setiap kali tiba hujung bulan aku akan berdebar.Bilakah gaji?Cepatkah?Lambatkah?

Dahulu ketika di Melaka, gaji akan dibayar setiap 26hb. Tempat kedua ketika di Muar, gaji akan tersedia pada 27hb. Ketika di Shah Alam,gaji akan dibayar setiap 17hb dan di Bangi gaji adalah pada setiap 25hb (kalah kerajaan kau)

Sekarang,pada ketika entri ini ditulis (28hb, 10.56pm) gaji masih tidak diterima lagi.BELUM okay.Sedikit tekanan sekarang.Simpanan semakin menyusut.Simpanan apa.Aku tak pernah menyimpan kot.hahaha.Padan muka aku.

Baiklah.Doa aku agar gaji akan dimasukkan secepat mungkin.SECEPAT MUNGKIN.Mintak-mintakla.Amin.

Mari buat- buat berani

Saya menghidapi Ophidiophobia


Baiklah nampaknya saya tak berjaya mengatasi masalah di atas. Baru sahaja tadi saya berniat untuk meletakkan beberapa keping gambar ular, tetapi saya tidak sanggup.

Fobia bukanla benda yang dibuat - buat dengan sukarela dan berharap di dalam hati agar ada orang mengasihani lalu memberikan lebih perhatian kepada mereka. Fobia adalah penyakit yang serius dan sebenarnya memerlukan rawatan rapi (pandai - pandai aku je kan? )

Penyakit di atas adalah bermaksud - Fobia terhadap ular. Baiklah pembaca sekelian, saya benar- benar takut akan ular. Sumpah takut. Bila berhadapan dengan ular, secara automatik saya boleh separa pengsan. Pernah dalam satu kejadian, saya muntah bila saya menyedari lelaki yang kebetulan lalu di sebelah saya menumpangkan seekor ular sawa di bahunya. Saya muntah berkoyan - koyan. Bersungguh - sungguh betul saya masa itu. Baiklah. Cukup mengenai muntah. Kembali kepada cerita ular.

Mungkin pada Jue Aziz, ular adalah haiwan yang seksi. Tapi saya Hannah Yunos (Glemer ke?). Ular adalah haiwan terakhir saya terfikir untuk dilihat dalam jarak 30 meter. Sumpah,jangan dekat dengan saya kalau kamu sedang bermain dengan ular plastik sekalipun. Saya mampu melempang kamu dengan kelajuan cahaya. Jangan cabar saya.

Saya, ketika ini masih mencari penawar untuk fobia ini. Sebab saya rasa adalah amat bodoh untuk takut kepada haiwan tidak berkaki itu. Saya sepatutnya takut kepada ALLAH. Bukan makhlukNya. Tapi saya masih tidak mampu lagi. Bahkan fobia saya semakin teruk apabila melihat ulat sampah pun seperti terserempak dengan kekasih lama. Eh,tidak. Seperti terserempak dengan bekas guru Pendidikan Jasmani saya. ( Beliau sangat menakutkan okay ).

Baiklah.Cukupla dengan cerita ular.Hampir muntah saya.

Selamat Malam semua. Selamat Rehat. Selamat bekerja esok.



- sedikit gambar.




Matematik Cara Nunun

Gaji - (Belanja + Rumah Sewa + Kereta + Minyak + Tol + Bil + Shopping) = Pokai

Yess!! Aku da semakin pandai mengira. Lalala~



PTPTN

Baiklah.Agak-agaknya kalau aku bicarakan tentang PTPTN di sini aku kena ISA tak?


Korang da bayar PTPTN? Berapa kau bayar sebulan? Aku?Hehehe. Aku bayar takat yang aku mampu sahaja.

Sekadar meminta pendapat. Kenapa agaknya ada pemiutang yang begitu liat membayat hutang? Adakah kamu semua mempunyai pendapat sama dengan aku? Kenapa 'caj perkhidmatan' PTPTN terlalu tinggi dan kadangkala langsung tidak munasabahsarawak? Wajarkah kami diugut dengan hadis mengenai hutang itu? Mengenakan caj perkhidmatan yang begitu tinggi dan membebankan itu tidak haramkah? Atau sudah dihalakan mengikut keadaan semasa?

Pemimpin. Dengarkan suara kami, si pemiutang PTPTN. Jika kami mampu, kami sendiri tidak akan memilih untuk berhutang ketika belajar. Jika mampu, kami akan melunaskan segala hutang sesegera mungkin. Tapi kenapa kami tidak melakukan semua itu? Kerana kami TIDAK MAMPU.

Baiklah. Saya berdoa semoga suara kami didengari. InsyaALLAH.

Berkhidmat untuk kerajaan
Hana

..........

Sedang mengalami kekecewaan yang teramat sangat. Biasalah,wanita. Ada masa-masanya dia akan terasa sangat - sangat down sampai rasa nak berkurung kat rumah sepanjang hari pun ada. Pergi kedai beli roti pun tak mahu. Dahsyat kan? Kemudia lapar di rumah,menyesal. Marah diri sendiri. Kenapa malas sangat. Eh. Rasanya tadi aku bercakap pasal kecewa.


Aku tak mahu bincangkan apa yang buat aku sangat - sangat kecewa sekarang. Sebab ini blog. Bukan diari. Sementelah juga aku tak berapa gemar membaca blog ala - ala diari. Ceh,berlagak. Macam la blog aku ni hebat sangat.HAHA.

Sekarang aku cuba mencari jalan untuk mengatasi kekecewaan ini. Mahu buat apa ye? Seperti mahu mengemas. Tidak. Tak mungkin. Keluar bersiar? Sila baca perenggan pertama semula.

Baiklah. Aku rasa aku perlu tidur. Selamat siang semua.

That Kind of Girl

I'm not the kind of girl who easily fall for every reason you give.

I know,karma will come and bite me back.But I think karma should bite you first.

I not that kind of girl that you used to love before.
I'm now a woman,who can stand by herself and do what she want.

Don't get me wrong honey.
It's not that i hate you.
but..
I really really really really hates YOU

Mau kurus?

Penulis sedang berdiet.Hahaha.Jangan percaya.Penulis sedang menipu.


Okay,sejujurnya aku perlukan sesuatu untuk aku lebih gigih untuk menguruskan badan.Berat badan yang terlebih berat sekarang ini menyebabkan aku menjadi sangat pemalas.

Target?Tentulah berat aku ketika di UiTM Jengka dulu.Sekitar 46 - 48kg sahaja.Comelkan aku?hahaha...Berat sekarang?Berani kau tanya berat aku sekarang?Kau tak takut karma?**tetiba marah.HAHAHA.

Disebabkan niat untuk ringan kembali la, aku dengan ringan tulangnya membasuh baju MENGGUNAKAN TANGAN setiap minggu, mulai minggu ini.Hehe.Dan sambil2 menulis blog ini,aku sedang mempertimbangkan untuk mengemas rumah pula.Eh..Mungkin tidak perlu.Menulis di blog juga satu senaman,untuk menguruskan jari jemari penulis.Hahaha.

Sudahla.Aku da lapar la.Mahu keluar bersarapan bersama housemate tercinta.Tapi nampaknya dia sedang seronok melayan perasaan.Biarkan dia sebentar.Agak-agak dia lapar nanti pandaila dia ajak aku keluar.Hahaha.Apa mahu makan yea?Nasi lemak la.Menyumbang tenaga.Jangan pertikaikan keputusan aku ye.Aku sudah penat membanting tulang membasuh baju tadi.Hahaha.

Hingga berjumpa kembali.

Pertama Kali

Hahaha.Setelah beberapa hari berjuang untuk membaca apa yang Amirul Idham tag aku,akhirnya aku berjaya juga. Kedegilan internet di pejabat mahupun di rumah untuk loading blog amirul,menyebabkan aku hampir2 putus asa nak menjawab tag ini.Mirul,wa rasa lu da patut tukar model la.Guna Japan pnya model.Terbaeekkk woooo!!

1. Apakah nama blog anda dan kenapa anda memilih nama itu?

Nama blog aku - Cik Nunun Merepek - Hidup ini Indah.Aku pilih nama ini kerana Nunun adalah panggilan aku di zaman kanak-kanak dan aku sangat berharap jika aku dapat berjumpa kawan - kawan zaman hingusan di alam blog ini. Okay.Pada anda yang tidak berapa mengenali saya,sila panggil saya Hana. Tetiba berlagak.haha

2. Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

Link?Pentingkah?Tidak kot.HAHAHA.

3. Apakah method penulisan dalam blog anda?

Method?Lebih pada MEREPEK.Kalau bosan la. Kalau marah lebih pada memaki. Kalau gembira,lebih pada berdiam diri(?)

4. Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?

Gile?kat mana aku nak merepek nanti???

5. Pernah tak ahli keluarga anda membaca blog anda dan apa kata mereka?

Tidak dan aku sangat tidak menggalakkan mereka.hahaha

6. Apakah perasaan anda apabila orang lain mengatakan bahawa anda punya blog ini buruk sedangkan masih ada yang mengatakan blog anda cantik?

Cantik ke blog kau nak kata blog aku buruk?eh..kenapa aku marah tetiba?haha

7. Bilakah anda mula mempunyai blog?

5 Oktober 2008. Kira aku masih jagung tahun kedua dalam arena blog ini.Pada sifu,sila beri tunjuk ajar.

8. Siapakah orang pertama yang mengetahui anda mempunyai blog?

Tak pasti pula aku. Kebanyakan komen aku dapat dari orang yang aku tidak kenali.haha.Tapi kemudian akak rumah aku dapat tahu aku mempunyai blog.Semenjak hari itu,aku lebih berhati - hati bila menulis di blog.Ciss.Aku takde kebebasan dalam 'memblogging' rupanya.Hahahaha

9. Apa perasaan anda apabila orang mengatakan tentang blog anda di sekolah/universiti/tempat kerja?

Pernah sekali bila budak kelas aku soksek pasal blog aku.Mereka marah sebab aku bercerita tentang mereka.Perasaan? Tak bangga yea. Lepas tu mereka tak mahu bercakap dengan aku lagi.hahaha

10. 10 orang untuk di-tag

Aku tak rajin nak tag orang la.ni pun sebab Amirul Idham tag aku.Seronok juga main tag ni rupanya.Tak payah aku pikir apa aku nak merepek.hahaha...

Semalam aku mimpi.Aku nikah dengan orang lain.Pilihan ibu bapa aku.


Kawan-kawan..Mimpi tu mainan tidur kan?Kan?

:: enuff ::

~ it's always about you. u're the best. only me doing the same mistake here and again. fine i let you go. best of luck then ~

...don't jugde...

although it's only for an hour, I do really hope to meet u guys....




hidup ini indah. sekalipun apa yang kau lalui lebih pahit dari hempedu.