Some found it disgusting. But hey, I’m talking bout reality…
I’m stuck on traffic jammed on my way back home yesterday. I waited about 15 minutes to reach the U-turn. Tired of waiting so long, aku pun jamu la mata. Aku tgk2 keadaan sekeliling. Know what I saw? An uncle, berhentikan motor tepi jalan.aku tgk je mana uncle tu nak pergi. Tiba2 dia berhenti kat bawah pokok. Dia kutip tin yang dibuang di bawah pokok tu (aku yakin sgt student yang buang tin kat situ sebab dorang jer yang lalu situ untuk ke kelas). Lalu dia remukkan dan kemudian meletakkannya di dalam bakul motosikal.
Tiba-tiba aku rasa sangat2 sebak.aku terasa senang sangat hidup aku selama ni.ya Allah..bagaimana kehidupan dia agaknya bila dia terpaksa mengutip tin2 kosong?
Dia mengingatkan aku pada seorang pakcik ketika aku belajar di Segamat dulu. Pakcik tu PAR(pekerja am rendah), kalau tak silap aku. Setiap kali selepas balik kerja,pakcik tu akan berhenti di depan ATM Bank Islam dalam kampus tu coz kat depan ATM tu ada tong sampah besar. Then dia cari semua botol, tin n apa sahaja yang boleh dijual kembali.
Sangat sebak bila nampak apa pakcik tu sanggup buat untuk menyara kehidupan dia dan keluarganya.dan kerana itula,kami sekelas dengan sukarela sanggup mengumpul botol dan tin yang telah kami gunakan, kemudian memberikan pada pakcik tu,selepas waktu kelas…
Ya Allah..betapa mewahnya kehidupan aku..dan betapa aku lalai untuk bersyukur padaMu setiap hari..
Syukur Ya Allah..syukur..syukur padaMu…
Post a Comment