makcik sebelah umah aku

tak....aku bukan nak cite antu kat korang.aku sendiri takut dgn cite2 antu ni.pecaya tak korang kalu aku cakap,semenjak ousemate aku cite pasal antu lif kat aeon klang,aku dah tak ke sana sekalipon ari ahad tu aku sgt2 free..








ok...aku nak cite pasal makcik tepi umah kondo aku ni








tepat jam 11.10 mlm semalam,aku sampai umah.aku tgk level umah kondo aku dah gelap.uiii..makcik kepoh sebelah umah takde ker?legaaaaaa...makcik tu kepoh sgt..penah sekali dia ala2 pegawai penguatkuasa jabatan agama, menyerbu rumah aku dengan alasan ada lelaki masuk rumah.ousemate aku menegaskan yang makcik tu bohong,tapi beliau dgn lebih tegas kata beliau betul.






ousemate aku blur.sudahnya,dia benarkan jugak makcik tu masuk.dia kate dia terpaksa sebab bonzer makcik tu wat muka sadis.











ousemate aku : masukla makcik.takkan saya tergamak bawa masuk boyfren saya ke rumah ni








makcik kepoh : makcik nampak.mmg kamu bw masuk lelaki tadi. 2 orang.makcik nampak.






makcik tu masuk diiringi dengan pakcik2 surau kat umah kondo aku tuh.bayangkan la.ousemate aku tuh bukan berani melawan mcm aku.jadi, apa dia wat cume berdiam diri dan berdoa yang dia tak bersalah.








akhirnya makcik tu jumpa apa yang diidam-idamkan











2 orang lelaki,berpakaian kuning,lambang astro di sebelah kiri sedang memasang wayar astro yang kami baru dapat secara free dan emak ousemate aku sedang minum teh sambil menyelia kerja2 pemasangan wayar tersebut.








tanpa meminta maaf secara formal,makcik tu terus keluar...

sampai sekarang disebabkan insiden yang memalukan diri makcik tuh, dia bertegur dgn kami.

salah kah kami kerana memasang astro di rumah?

tapi baru2baru ni terjadi sesuatu peristiwa yang aku rasa cukup ironi

anak lelaki makcik tu,bawa masuk sorang pempuan yang ala2 bohsia tapi bertudung

sejam kemudian,mereka keluar dan perempuan tu sudah menukar pakaian kepada pakaian bohsia secara formal.aku terpempan depan pintu rumah.budak lelaki tu pucat.

ironi kan?

mana aku tau budak2 tu dah sejam kat dlm?sebab aku sidai baju kol 8,makcik kepoh kuar dari umah bw beg baju yang besar. kol 9,kali ke2 aku basuh baju budak lelaki tu masuk.kol 10, aku curi space ampai makcik tu,budak tu keluar bersama pempuan tuh..

aku cukup menghargai masa.

1 Comment:

  1. ♥Syamelia♥ said...
    hana...hannaa....
    kelakar la u punya posting...
    xbley bla...
    lepas abis praktikal ni, hanna boleh tulis novel la plak...

    btw, poyos tol makcik 2...
    napa dia bz bodi sgt...

Post a Comment



Post a Comment