gila-gila malam selasa

yeah, ini dia supermodel IRCC..haha...ini la korie, mr-fnb exec-hot stuff IRCC..


haaaa..ini tajuk yang sebenar...ini kami semasa makan2-secara-percuma-tapi-kena-komen-pastu.ini acara terbesar yang dilakukan di IRCC menjelangnya perasmian menu baru..kami,selaku staff diberi makan percuma,dengan syarat meniggalkan komen selepas makan.agak kejam..


ini pulak aku berlagak jadi model.mungkin tyra banks akan anggap ini gambar paling hodoh dan aku akan terkeluar dari competition seawal mungkin.




ini chef zul yang secara rela menjadi model untuk diletakkan dalam facebook dan frenster aku...

errrr...aku takde idea nak kenakan orang kalau posting aku ada gambar...benci betul!!!

fatty breakfast

aku compile kan gambar2 yang menjadi bukti kukuh bahawa kegemukan yang melanda diri aku bukan berpunca daripada aku sendiri 100%


ok, ini adalah smiley bekfast no satu.lazat kan?ia juga mengandungi kolestrol,lemak dan pelbagai lagi bahan2 yang k.emy telah haramkan selama lebih 4 bulan..




kedua, bun yang selalu akak2 ni rembatkan untuk aku di coffee house..sedap,lagi2 croissant tu..lemak madu beb..kalah mangga siam yang sab tgh potong2 tu


ketiga- nasi lemak...oh, lupa. gambar di atas adalah sekadar hiasan semata-mata.tiada kena mengena dgn nasi lemak yang biasa aku beli kat depan kondo aku tu..(makcik tu jual dalam ketas kaler coklat jek..tapi sedap wooo)



sebenarnya,aku sendiri tak pasti sejak bila aku makan nasi lemak.maybe kena badi yam..kalau korang nak tau,aku tak makan nasi lemak sejak aku kecik lagi - tak caya tnya la mak aku..kan ibu kan????
ok..tu jer.....nnt ada lagi gambar gempak,aku upload..oh,petang ni ada food tasting..maksudnya ada lagi gambar2 menggemukkan...

ni kisah aku dan boyfren aku bulan lepas

'B..nak pinjam duet ckit..gaji masuk lambat lagi la" - aku mintak penuh kasih sayang

"boleh jer..bape ayg nak pakai?" - Baby dah tension:)

"errr...rm200 la..bole?" - aku wat puppy face yang dia takkan nampak

"ok..ptg kang B bank in..so, B dah kira semua..hantaran untuk ayg tinggal RM250.0 je.haha"

"benci!!"

apa patut aku buat??tinggalkan dia??huh!!tension

baby ku episod 1

baby mengemukakan rancangan murni untuk kami pada hujung tahun ini

"kita tunang nak yang?" - baby mengharap

"errr...tak rasa awal sgt ke?" - aku gila pnya terkejut

"tak la..lagipun kita dah lama sgt..mak dah bising"- baby explain

"oh...ajak aku kawen sebab mak ko bising la?tak hingin aku" - aku bengang

"tak la camtu..merajuk lak..mmg la nak kawen ngan ayang...tapi ayg asik geleng je" - baby pujuk

"nnt la..awal sgt" - aku still bengang


seminggu lepas tu, dia tkar leather seat kat wira dia tu...haram tol!!

kekecohan terjadi dalam ofis aku tadi..

en zahari wujud dgn idea brilliant tapi ditentang sekeras-kerasnya oleh sab kerana pelakon utamanya adalah sab sendiri

ada idea ke 2?

tinggalkan komen anda..cadangan anda akan diteliti..

betul kata amoi...kenangan takkan dapat kita genggam kembali..

kenangan bersama kamu semua yang bisa membuat aku menitis air mata ketika teringat..betapa kenangan itu terlalu manis untuk aku lupakan..Allah..biarlah kenangan itu kekal selama-lamanya...

ingat tak amoi,masa yang ko marah gila dgn aku gara2 senah menampal gambar ko di toilet?sumpah amoi, masa tu aku hampir2 tak nak bercakap dgn senah dah:)

masa meniru tu,aku bebetul ikhlas tolong ko..aku tau masa tu ko stuck dgn soklan2 cam haram tu..aku takmo ko fail..aku sayang ko amoi..

belum lagi kita wat gila,pergi kuantan masa bulan puasa.ko ingat tak amoi..yang kita gi berbuka dekat umah nain dulu,pastu baru kita gi kuantan..dan masa kita bersahur tu,kita lupa bayarkan duit makan untuk si abu zarim tu??

byk lagi..belum kita temankan senah wat dajal kat cherating,yang mana aku pasti senah sgt2 menyesal kerana bercuti kat situ:)

dan satu yang takkan aku lupakan...korang takmo dengar cerita aku sebab terlalu asyik tgk mamat dpim pergi diner berbaju melayu..benci kamu semua!!!


huhu..walau pape pun.aku tetap rindukan kamu..masa dan kerja dah jauh memisahkan kita..amoi,zul,mamareen n awie di kl, senah di Subang, anga di kuantan dan aku jauh tercampak di shah alam..hehe..

terima kasih rakan2 kerana membina semua kenangan tu bersama aku.maaf kerana tak dapat menulis semuanya di sini, tapi 3 thn bersama kamu semua terlalu indah..sangat2 indah.

tak ada sehari pun berlalu tanpa aku lupa menyebut nama kamu semua..tiada..aku benar2 menyayangi kamu semua..

yang pasti aku sentiasa berdoa agar persahabatan kita kekal selamanya..sheyna,amoi,reen,nurul,anga,awie n zul, tqz for the memories..i luv u all

dinner, staff nite

25/4 ni ada staff nite kat intekma

aku dah decide nak pakai baju korea, sama dgn kak azzrin (ekceli k.azrin yang tiru aku)

tujuan kak azzrin pakai baju tu untuk cover perut dia yang semakin kedepan tu

tujuan aku lak untuk cover peha yang semakin tembam..

sekurang-kurangnya aku ada persamaan dgn k.azzrin..

takpe,amek berkat:)

entri ni khas untuk kawan aku , u-know-urself..hehe





buat tak kisah je dgn apa yang dia cakap.ko jgn layan la.orang psycho mmg la macam tu.selalu nak tunjuk dia hebat,padahal tak la kencang sangat,saje je nak hangatkan hati ko.



let me guess..kalau ko tulis kat facebook ko yang ko dah nak tunang,mesti dia pos sibuk tulis bf dia dah ajak kawen kan?betul tak..aku pernah kena la.senang je.wat bodoh.kalau perlu buang dia dari fren list ko,buang la


tapi la kan,yg penting bila dia wat jahat, ko jgn lak balas jht tau.jgn sesekali.nnt tunjuk yang ko pon low class mcm dia.org siuman cam kita ni,mana leh duduk temapt2 low class camtu..ok?ada paham?


ok la,nnt pape ko sms aku lagi k..aku mmg leh jadi dr jiwa.jgn risau:)

sambungan entri 3 ari lepas

nampaknya perempuan itu telah bersuara

"penting sgt ke belajar tu? kawen,tambah umat Muhammad lagi elok tau.tu kan sunnah Nabi"


ok,aku cuma ada satu perkataan untuk perempuan tu - "bodoh"

oi mak nenek!!ko tak pernah dengar ke sunnah Nabi lagi satu??

"belajar lah kamu sehingga ke liang lahad"

perlu ke aku bacakan kitab untuk kamu

aku bukan la alim sangat.tapi aku tahu juga bab2 agama ni:)

aku bukan maksudkan ko tau amoi...

aku panas ati ari nih.aku telah diganggu oleh 3 biji viva dalam perjalanan dari muar ke segamat.

marah betul aku.adakah kembara aku lagi kecil dari viva kamu itu?

selepas ini,aku nak jalankan study kat pemandu-pemandu viva bertajuk

"adakah kamu rasa kamu hebat bila memandu perodua viva"

cerita untuk hari ini

ye...aku terdengar cerita yang menarik pagi-pagi buta ini

kalau korang ingat aku ada post pasal sorang pempuan tu,yang mengutuk aku kaw2 sebab aku nak sambung master

aku dengar cerita dia nak kawen..

oh..patutla melancarkan kempen kawen segera kat aku..

takpe la

aku pun nak melancarkan konsep aku

"kamu ada laki, aku ada degre"

yeayyyyyy

aku harap sgt kak emy baca posting kali ni

kak emy, i dah tak tahan..i tak nak handle mohdia lagi.plz la.dah penat nak layan dia

dah la cakap cam aku tak wat keje,pastu sibuk nak cc kat awie yang konon dia wat keje excellent sgt.

heeiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!hipokrit

bila bos aku ada, kemain lembut dia cakap

tapi dia taktau sebenarna aku penah wat loudspeaker masa bercakap dengan dia. dan bos aku dah dengar sore dia yang pretending bagus tu.

cakap mcm dia sorang yang pandai intenet

weh,kalau aku tak padai guna takla aku apply exec kat rapid tu tau!!!!!

huh...dia wat minggu aku menjadi sangat panjang

setan dah naik sampai kepala.but syukur, aku leh bersabar lagi, dan menahan diri daripada menaikkan suara depan dia

tak dapat aku bygkan kalau satu hari nnt sabar aku hilang.

samada aku hilang keje ni,

atau mohdia melayang ke langit

untitled

hah...aku melalui dua minggu yang amat memenatkan..

memula,aku cuba siapkan thesis aku yang mcm haram..

dua,aku dah mula bosan dgn perangai2 custmer&supplier,yang juga cam ampeh

tiga,aku dah penat nak pikir soklan cepumas mak aku

jwpn utk keluhan no 1
-thesis tu jadi haram sebab ko wat tangguh2

jwpn keluhan no 2
-dah tau dorang ampeh,wat2 pekak n cepat2 la letak talipon

jwpn keluhan no 3
-ibu,along bukan taknak kawen,tapi along tak ready lagi

dah,aku takmo jwb pape lagi

aku nak tnya korang,adakah korang still akan menghormati lecturer korang yang kaki mencarut?

aku terkadang tak paham masalah mencarut di kalangan manusia yang educated ni

adakah apabila mereka bijak pandai,makanya mencarut itu halal untuk mereka?

sekalipun anda mencarut dalam bahasa inggeris, itu tak bermakna anda stylo orangnya.

lebih-lebih lagi jika anda seorang perempuan melayu, dan BERTUDUNG

mengerti la anda,bahawa mencarut takkan membuat anda berasa lebih tenang,malah menyakitkan hati sendiri,serta melukakan perasaan orang di sekeliling anda yang mendengar perkata-perkataan mencarut anda itu.

kepada sesiapa yang terasa, aku minta maaf dan aku rasa korang dah besar dan boleh pikir secara matang apa yang aku cakapkan tadi

gud luck:)