Saya sedang berblogging secara laju dari hotel di ....... hehehehehee...
Tidak seronok di sini sebenarnya. Langsung tidak seronok. Sumpah tidak seronok.
Boring sahaja duduk santai di hotel, menyiapkan 2-3 quotation. Tanpa calculator okeh. TANPA. bagaimana saya menyediakan harga? Tu,jari kaki dan jari tangan ada. Gunala sepuas-puasnya.
Keadaan nampaknya semakin teruk. Bos saya sudah memberi surat meletakkan jawatan. Terbayang selepas ini bebanan kerja yang makin menimbun. Segala sebutharga. Segala entertainment untuk customer & prospect. Mungkin selepas ini saya akan mengecil. siapa tahu kan? HAHA
Baiklah. sedang sedih. tapi entry tak macam sedih pun. sudah la. nak layan perasaan jap. selamat tinggal ~
Baiklah. saya telah mendapat gaji. Syukur Alhamdulillah.
Namun saya ingin menumpang tuah di blog saya ini.
Saya mendoakan agar Incik Bos saya mendapat bayaran gajinya. Bantu dia Ya Allah. Kasihani dia. Berapa besar pun gajinya, namun sudah tentu dia mempunyai tanggungan yang perlu diselesaikan setiap bulan. Walau apa pun alasannya, gaji adalah hak setiap yang bekerja.
Bantu dia ya Allah...Bantu dia...Hanya Kau tempat kami meminta.
Bersendirian di dalam bilik meraikan genap 4 hari demam. yeay.
Isnin akan ke klinik. Risau juga kalau - kalau denggi.
If Luck is Everything, then I need that Luck
Kenapa nama entri ni tajuk awal bulan? entah. itu ayat yang aku terpikir tadi. lagipun memang kita masih di dalam awal bulan kan?
Baiklah. isi entri ini sama sahaja seperti entri yang lepas. berkenaan gaji. lebih memburukkan keadaan, kali ini tidak dapat dijangka samada gaji akan dibayar pada minggu ini atau lupakan sahaja gaji untuk bulan ini. bagaimana harus aku suvive bulan ini? jangan ditanya kerana aku sudah habis akal memikirkan caranya. simpanan juga semakin nipis. alahai..
bukan aku tidak berusaha mencari pekerjaan lain. jauh lagi untuk memilih. aku sudah habis berusaha menghantar CV ke mana - mana syarikat yang memerlukan pekerja. yang tiada membuka sebarang kekosongan jawatan juga telah aku cuba. tapi, rezeki itu masih belum tiba. kenapa? entah. mungkin salah diri aku sendiri...
cuma apa yang aku mampu buat sekarang, berdoa dan bersabar. tetap mengukirkan senyum walaupun di dalam hati gusarnya Allah sahaja yang mengetahui.
Subscribe to:
Posts (Atom)