Setahun Lima Bulan

Haip! 

Been a while kan? Rindu zaman rajin blog. Skang zaman malas nauzubillahiminzalik. Hehe

Jenguk page satu persatu. Oh banyaknya perubahan. Takleh nk keep up. 

Celik - celik mata da setahun lima bulan aku kawen. Alhamdulillah. Walau banyak dugaan datang menjengah suami bijak menangkis. Sekarang aku betul - betul faham dan bersyukur yang talak tu ditangan lelaki. Kami wanita memang penuh dengan emosi. Haha

Dalam setahun lima bulan ini juga, telah beribu kali kami dilontarkan soalan tentang anak. Oh. Alangkah bagusnya jika aku kerap bawa tabung ke sana ke mari. Next time orang tanya pasal baby, boleh aku charge. InsyaAllah hujung tahun ni dapat la aku beli cincin idaman. HEHE. 


Ye, setahun lima bulan ini adalah amat mengujakan. Struggle untuk kenal suami sendiri. Struggle untuk adapt dengan suasana suami - isteri. Struggle kat dapur masak lauk kegemaran dia. Struggle dengan kerjaya. Struggle mengumpul harta. Setahun lima bulan ini benar - benar buat aku jadi wanita. dan isteri. hopefully bergelar ibu tak lama lagi. Amin. 

Dan telah hampir setahun lima bulan juga aku tinggalkan dunia blog. Oh saya rindu menulis. saya rindu untuk mendengar diri sendiri berfikir. dan saya rindu untuk menghabiskan masa tanpa menyesalinya di kemudian hari. 

Rakan - rakan. hingga kita bertemu lagi. saya sentiasa doakan yang terbaik untuk semua. 

Love. Peace. Hope 

1 Comment:

  1. Dewi Aja said...
    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Post a Comment



Post a Comment