i miss u la senah...

kak senah. saya rindu awak. saya nak wat perangai bukan2 & pelik2 lagi dengan awak macam kita selalu buat masa study dulu.


how i wish i could turn back time. i really wish. really - really wish...

Teruja

sedang gedik menghitung hari. semoga selamat semuanya =p

Sudah Tiada Hati

Menjadi sangat tidak kisah selepas peristiwa itu.

Mungkin kecil sahaja pada kamu, tapi jujur saya katakan, saya sangat terasa dengan tindakan kamu.

Maaf la. Saya manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Saya cuma manusia normal. Saya mempunyai had kesabaran tertentu.

Tak perlu cakap apa - apa lagi selepas ini. Benda pun sudah berlalu. Kita biarkan masa membalut segala luka.

Sambung kerja. Mata da berat.



Mendapat 2 sms hari ini yang menegur kelakuan aku sejak seminggu lalu. aku sombong dan berlagak, katanya.


sms pertama - 'aku tak tau apa salah aku kat kau,smpai aku nak cakap dengan kau pun,kau buat tak paham je. pastu muka tak nak layan. kita ada masalah ke?'

sms kedua - 'kau kenapa?moody?kalau kau ada masalah dengan org lain, jangan la libatkan aku'

Baiklah. saya mintak maaf kawan - kawan. langsung tak ada niat nak sakitkan hati sesiapa. cuma sekarang ni saya dalam keadaan yang over stressed. keje melambak. demotivated sangat2 sekarang ni.

Bukan pada kamu je. rakan - rakan sepejabat juga telah mula bersuara mengenai perubahan sikap aku.kat facebook kemain meriah lagi berbual. bila berjumpa, buat muka sampai dorang menggigil tahan marah nak lempang aku. hehe

kawan - kawan. jgn marah - marah yea. bagi saya sedikit masa untuk rileks. insyaAllah..2-3 bulan lagi elok la ni.heehehheee

Gambate!!

hebat. sekarang cuma aku seorang dalam sales team.


mujur juga sabri, kak fizah dan fasha membantu. kalau tak,memang takde life la aku ni jawabnya. dengan hampir 10 enquiry sehari, mana mampu untuk aku menyiapkan seorang diri. belum lagi dengan segala order yang perlu diproses. itu tidak termasuk nak attend phone call. menyiapkan segala kontrak, memujuk client untuk confirmkan segala reservation dan segalanya.penat.sungguh2 memenatkan

sehari, dari jam 9pagi hingga 6petang,aku menhadap PC. memang letih.otak dan mata. waktu makan juga tak menentu. selalunya,tidak sempat untuk makan tengahari. mujur aku jenis manusia yang 'wajib sarapan'. kalau tak,mmg kurus la aku.haha

baiklah.harapan saya agar cepat sikit bos baru masuk. saya da tak larat nak uruskan semuanya sendiri. sangat serabut dan memenatkan.

Laju internet kat sini

Saya sedang berblogging secara laju dari hotel di ....... hehehehehee...


Tidak seronok di sini sebenarnya. Langsung tidak seronok. Sumpah tidak seronok.

Boring sahaja duduk santai di hotel, menyiapkan 2-3 quotation. Tanpa calculator okeh. TANPA. bagaimana saya menyediakan harga? Tu,jari kaki dan jari tangan ada. Gunala sepuas-puasnya.

Keadaan nampaknya semakin teruk. Bos saya sudah memberi surat meletakkan jawatan. Terbayang selepas ini bebanan kerja yang makin menimbun. Segala sebutharga. Segala entertainment untuk customer & prospect. Mungkin selepas ini saya akan mengecil. siapa tahu kan? HAHA

Baiklah. sedang sedih. tapi entry tak macam sedih pun. sudah la. nak layan perasaan jap. selamat tinggal ~


Kesian Bos saya...

Baiklah. saya telah mendapat gaji. Syukur Alhamdulillah.


Namun saya ingin menumpang tuah di blog saya ini.

Saya mendoakan agar Incik Bos saya mendapat bayaran gajinya. Bantu dia Ya Allah. Kasihani dia. Berapa besar pun gajinya, namun sudah tentu dia mempunyai tanggungan yang perlu diselesaikan setiap bulan. Walau apa pun alasannya, gaji adalah hak setiap yang bekerja.

Bantu dia ya Allah...Bantu dia...Hanya Kau tempat kami meminta.