Bila sampai di tahap ini sudah tentulah blog kelihatan sama seperti pokok orked yang ditanam lalu dibiarkan. Biarkan la. Aku telah berkira - kira untuk membiarkan blog ini begini rupa sehingga aku mendapat ketenangan yang aku cari.
Dituduh mempunya attitude problem pagi tadi. OK.Baiklah.
Kau da gaji?Kau?kau?ehh.semua orang da gaji?kenapa aku belum gaji?huwaaaa!!!

Baiklah.Agak-agaknya kalau aku bicarakan tentang PTPTN di sini aku kena ISA tak?
Sedang mengalami kekecewaan yang teramat sangat. Biasalah,wanita. Ada masa-masanya dia akan terasa sangat - sangat down sampai rasa nak berkurung kat rumah sepanjang hari pun ada. Pergi kedai beli roti pun tak mahu. Dahsyat kan? Kemudia lapar di rumah,menyesal. Marah diri sendiri. Kenapa malas sangat. Eh. Rasanya tadi aku bercakap pasal kecewa.